Sunday, August 31, 2014

ESP SUSU UNTUK SEMUA.

Waktu-waktu nak raya ni ESP antara produk terlaris di Shaklee. Dengar cerita pagi tadi stok ESP di HQ Shaklee dah nak licin. Maklum lah nak raya ramai yang nak nampak cantik dan bergaya.

Ramai yang bertanya apa itu ESP? Ramai juga yang dah merasa ESP terus jatuh cinta dengan produk terlaris ni. Saya sendiri salah seorang penggemar ESP. ESP adalah singkatan bagi Energizing Soy Protein. Ianya dihasilkan daripada soya non-GMO (soya yang tidak diubahsuai secara genetik), jadi ia bebas toksin. ESP juga satu-satunya produk di pasaran yang mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. 

Apa itu GMO dan Non-GMO?

GMO (Genetically Modified Organism) ialah Organisma Pengubahsuaian Genetik. Ia juga dipanggil sebagai Genetic Engineering (GE). Teknologi GE ini menggabungkan DNA dari spesis berlainan, menghasilkan kombinasi tanaman, haiwan, bakteria dan genetic viral yang tidak stabil yang tidak boleh berlaku dalam sifat semulajadi sesuatu unsur. Salah satu masalah utama dalam teknologi ini (GE) adalah ketika proses memasukkan genetik ke dalam DNA makanan/tanaman itu. Saintis masih buntu halatuju genetik tersebut. Perkara ini boleh mengangu fungsi-fungsi genetik lain yang boleh menyebabkan toksin dan alahan dalam makanan/tanaman tersebut.

Apa kelebihan ESP?

* Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
* Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. 
* Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
* Menjadikan kulit berseri, anjal dan memudarkan kesan parut.
* Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia 
   memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan,     
   kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain.
* Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat. 
* Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
* Memperbaiki memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Siapa yang memerlukan ESP?

1) Ibu yang sedang hamil.
2) Ibu yang menyusukan anak kerana ESP menggalakkan penghasilan susu badan. 
3) Orang yang ingin mengurangkan berat badan.
4) Orang yang inginkan kulit yang anjal dan cantik.
5) Orang yang mempunyai masalah jerawat dan jeragat.
6) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan.
7) Orang yang inginkan kesihatan optimum.
8) Orang yang mempunyai masalah kesuburan.
9) Orang yang mempunyai masalah kulit.
10) Orang yang sering keletihan.
11) Sesuai untuk semua peringkat usia, lelaki dan wanita.







Sunday, August 24, 2014

ICE BUCKET CHALLENGE!

Kempen Ice Bucket Challenge baru-baru ini dah jadi viral bukan kat Malaysia je, malah seluruh dunia. Tujuannya untuk meningkatan kesedaran tentang penyakit ALS. ALS tergolong dalam penyakit saraf motor ataupun Motor Neuron Disease atau Lou Gehrig Disease. Salah seorang penghidap penyakit ALS di Malaysia ialah lagenda bola sepak negara iaitu Mokhtar Dahari. Ice Bucket Challenge ni salah satu cara untuk menyokong dan membina kesedaran umum tentang penyakit ini.

Kenapa mandi ais?  kesan yang kita rasai bila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia. Saya dah merasai sendiri macam mana kesan selepas sebaldi air dituang pada saya. Brain freeze! So, guys jom mandi ais untuk menyahut cabaran Ice Bucket Challenge! Support ALS!!!

Wohoooo! Sejuk!!!




Tuesday, August 19, 2014

Testimoni Set Diet Shaklee.

Antara testimoni mereka-mereka yang telah menggunakan Set Diet Shaklee.

Testimoni 1



 Testimoni 2



 Testimoni 3




Testimoni 4




PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832



"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."





Thursday, August 14, 2014

My Little Qiqi Turns 4!

Syukur Alhamdulillah akhirnya kali ni berkesempatan sambut birthday Qiqi dengan ayah. Jarak pun dua hari, so okey lah tu sambut sama-sama. Kebetulan, birthday diorang kena dalam bulan raya ni so buat lah rumah terbuka sekaligus. Buat simple je pun sebab biasa lah last minute punya arrangement. Nasib baik semua cousin yang in charge so she know what to do. Dia rajin juga buat survey untuk birthday party ni cuma sebelum-sebelum ni tak berkesempatan nak buat. So, part tu settle!

Segala macam props macam photo booth, color theme (takde lah ikut tema sangat), table set up, door gifts, decoration dan segala macam semua my cousin yang in charge. Thank god semuanya berjalan as plan. Few days sebelum birthday party tu Qiqi punya lah excited. Dia pun sama sibuk nak buat itu ini. Mana tak nya, dia kan dah besar mesti lah dah tahu macam-macam. Lebih-lebih lagi bila nampak segala macam gula-gula & junk food terbentang luas kat depan mata. Senyum sampai ke telinga lah.

Buat event last minute macam ni kena list out apa beli, apa yang perlu sebab takut terbeli benda yang tak perlu. So, kena pandai-pandai lah. As usual my cousin with her company (siblings & ibu) lah yang tukang masak segala menu. Diorang bab masak-masak ni memang mantop!

So, here are some photos on Qiqi's & ayah's special day :)

Night before event... 

Mr. RayRay pun sibuk nak main belon...

Props for photo booth & children's favourite menu :)

Mama Ida, Birthday Girl & Mama Ayu...

Antara tetamu yang hadir...

Nampak tak sapa yang happy sangat :) 

Birthday Girl at her photo booth section..

Sesuai sangat slogan tu untuk budak kecik ni. Hehe....





Ayah, Ibu & Qiqi... 



Qiqi and friends...






Qiqi's last guest :)


To Qiqi, Happy Birthday.. Semoga menjadi anak yang solehah, dengar kata & berjaya dunia akhirat ok bebeh :)

To Ayah, Happy Birthday.. Semoga dipanjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rahmat & berbahagia di samping keluarga.

Sekian......


Wednesday, August 13, 2014

Ayah jatuh di bilik air.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog chedacheyu. Macam mana sambutan hari raya tahun ni? Bagi saya sendiri raya tahun ni sedikit berbeza kerana kami menyambut raya di Kuala Lumpur. Kebiasaanya kami akan beraya di kampung halaman di Johor Bahru tapi kali ni mood nak tukar angin. Lagipun dekat sikit nak melawat adik yang menjalani kursus kententeraan di kem PUSASDA Port Dickson selama 6 bulan. Dia tak dibenarkan balik beraya bersama keluarga sebaliknya keluarga diberi kesempatan untuk bertemu dengan perajurit-perajurit muda ini pada hari raya kedua mengikut waktu yang dibenarkan.

Keadaan hari raya di bandar KL ni agak hambar, maklumlah kebanyakan warganya pulang ke kampung halaman masing-masing. Yang memeriahkan bandar KL hanyalah warga asing. Sekali pandang terasa diri saya pula yang berada di negara mereka. Hmmm...

Nak dijadikan cerita, hari raya keempat tu ayah jatuh dalam bilik air. Alhamdulillah tak ada sebarang kecederaan serius. Bila dah jatuh, tak kan rasa sakit serta merta. Keesokan hari baru lah terasa terutama waktu bangun tidur. Doktor hanya bekalkan ubat tahan sakit. Keesokan hari, ayah tak boleh bangun disebabkan sakit pinggang yang teramat sangat. Bila makan ubat tahan sakit elok lah kejap, lepas tu sakit balik. Ubat tahan sakit ni tak elok di amalkan selalu sebab ada kesan sampingan seperti ginjal, hati, kulit, perut & usus dan pelbagai kesan sampingan lain.

Saya pesan kat ayah ambil Ostematrix Shaklee 4 biji sekaligus sebelum tidur. Hari ke dua tu baru lah ayah cuba makan Ostematrix. Alhamdulillah dengan izin Allah, esoknya ayah boleh bangun walaupun tak lah selaju seperti sediakala. Sekurang-kurangnya sakit pinggang dah berkurangan. Dia kata pagi tu dia buang air besar lancar macam biasa. Syukur bila nampak ayah dah mula menunjukkan perubahan positif. Dia dah mula aktif cuma kami tak benarkan terlalu aktif disebabkan faktor usia. Time petang dia habiskan masa cabut rumput di halaman rumah. Nak lepaskan 'gian' katanya sebab kami tak benarkan dia ke kebun buat masa ni. Belum pun habis sebotol dia dah pesan, bulan depan nak sebotol lagi. Hehe.. Baik lah ayah... 

Sekarang ibu pulak yang risau bila ayah cabut rumput tak ingat dunia.. :)


Ayah take five!



Nota kaki : 
Jika anda mengambil ubat-ubatan hospital, sebaik-baiknya jarakkan waktu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil supplement Shaklee. Ini untuk penyerapan nutrient yang lebih efisyen.

Wednesday, August 6, 2014

ESP

Waktu-waktu nak raya ni ESP antara produk terlaris di Shaklee. Dengar cerita pagi tadi stok ESP di HQ Shaklee dah nak licin. Maklum lah nak raya ramai yang nak nampak cantik dan bergaya.

Ramai yang bertanya apa itu ESP? Ramai juga yang dah merasa ESP terus jatuh cinta dengan produk terlaris ni. Saya sendiri salah seorang penggemar ESP. ESP adalah singkatan bagi Energizing Soy Protein. Ianya dihasilkan daripada soya non-GMO (soya yang tidak diubahsuai secara genetik), jadi ia bebas toksin. ESP juga satu-satunya produk di pasaran yang mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. 

Apa itu GMO dan Non-GMO?

GMO (Genetically Modified Organism) ialah Organisma Pengubahsuaian Genetik. Ia juga dipanggil sebagai Genetic Engineering (GE). Teknologi GE ini menggabungkan DNA dari spesis berlainan, menghasilkan kombinasi tanaman, haiwan, bakteria dan genetic viral yang tidak stabil yang tidak boleh berlaku dalam sifat semulajadi sesuatu unsur. Salah satu masalah utama dalam teknologi ini (GE) adalah ketika proses memasukkan genetik ke dalam DNA makanan/tanaman itu. Saintis masih buntu halatuju genetik tersebut. Perkara ini boleh mengangu fungsi-fungsi genetik lain yang boleh menyebabkan toksin dan alahan dalam makanan/tanaman tersebut.

Apa kelebihan ESP?

* Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
* Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. 
* Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
* Menjadikan kulit berseri, anjal dan memudarkan kesan parut.
* Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia 
   memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan,     
   kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain.
* Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat. 
* Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
* Memperbaiki memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Siapa yang memerlukan ESP?

1) Ibu yang sedang hamil.
2) Ibu yang menyusukan anak kerana ESP menggalakkan penghasilan susu badan. 
3) Orang yang ingin mengurangkan berat badan.
4) Orang yang inginkan kulit yang anjal dan cantik.
5) Orang yang mempunyai masalah jerawat dan jeragat.
6) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan.
7) Orang yang inginkan kesihatan optimum.
8) Orang yang mempunyai masalah kesuburan.
9) Orang yang mempunyai masalah kulit.
10) Orang yang sering keletihan.
11) Sesuai untuk semua peringkat usia, lelaki dan wanita.

Tuesday, August 5, 2014

Tapak Kaki Seperti Tercucuk Jarum Petanda Anda Menghidapi Masalah Saraf!

Masih lagi berkisar tentang GLA Complex Shaklee. Alang-alang vitamin ni sedang offer untuk bulan Ogos, rasanya baik saya luaskan isu tentang khasiat dan kebaikan yang terkandung dalam GLA ni.

Jika anda atau ibu bapa anda ada sejarah kencing manis dan mengalami simptom ini, amalkan pemakanan GLA dengan konsisten. Kandungan Omega 6 yang terdapat di dalam GLA Complex mampu mengurangkan masalah "Neuropati Diabetes" atau masalah saraf yang diakibatkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam darah. Simptom Neuropati Diabetes ialah bahagian bawah tapak kaki terasa seperti dicucuk dengan jarum. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah ini adalah golongan wanita yang berusia. GLA Complex menghalang daripada komplikasi diabetes serta merendahkan paras gula dalam darah dan berkesan untuk penghidap diabetes yg sudah berusia. Perasan tak mak2 kita sering mengadu masalah di bahagian tapak kaki seperti tercucuk jarum? Mak saya merupakan seorang penghidap diabetes. Dulu-dulu saya fikir mungkin kaki mak saya sejuk sebab berjalan atas lantai simen. Rupanya mak saya mengalami Neuropati Diabetes.

Dengan gaya hidup masa kini tidak hairan jika golongan muda juga tidak terlepas dari penyakit diabetes. Amalan pemakanan yang tidak sihat serta sering mengambil makanan dan minuman segera antara punca terjadinya penyakit ini. Antara komplikasi yang sering terjadi bagi pesakit diabetes ialah kegagalan buah pinggang dan sakit jantung. Pengambilan GLA Complex secara konsisten mampu mengawal penyakit ini daripada berlanjutan. Apa-apapun semuanya atas izin Allah swt. Kita sebagai makhluknya jangan lah hanya berserah jika sudah didiagnosis penyakit ini ya. Kan Allah suruh kita berusaha sebab dah tertulis setiap penyakit ada ubatnya. Ye tak? 

Tawaran Shaklee bagi bulan ni memang sangat berbaloi. Boleh kata rugi besar jika anda lepaskan peluang ni. Hanya mereka yang dah amal dan rasa je tahu bagaimana khasiat vitamin GLA Complex memberi nilai dalam kesihatan mereka. Untuk yang nak start amalkan GLA Complex tu jangan segan-segan cari saya. Insha Allah, saya sudi berkongsi dengan anda bagaimana sebotol GLA Complex mampu meningkatkan kualiti hidup anda sekeluarga!

Nota kaki : Idea hebat untuk dihadiahkan buat mak ayah :)



Beli 6 PERCUMA 1, stok cukup untuk 7 bulan. Belian pada waktu tawaran memberi lebih nilai dan penjimatan wang berbanding pembelian pada waktu biasa. :)


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832



"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Saturday, August 2, 2014

GLA Complex Shaklee 3x Lebih Baik Dari EPO.

GLA atau nama scientifiknya Gamma Linolenic Acid diekstrak dari minyak Borage yang ditanam secara organik.  Ianya adalah lebih dua kali ganda GLA yg terkandung dlm EPO malah Borage ini 3 kali lebih berkesan dari EPO. EPO memang terkenal di kalangan wanita sebagai supplement untuk menstabilkan hormon terutama bagi yang mengalami masalah senggugut ketika haid dan di kalangan wanita berusia 40an ke atas. Inilah keistimewaan GLA Complex Shaklee berbanding yang lain. Selain itu, ia adalah sumber terbaik Omega-6 serta turut mengandungi minyak bunga matahari dan vitamin E.

Bagaimana GLA Complex membantu?


1) PELUANG CERAH UNTUK HAMIL - GLA Complex Shaklee meningkatkan tahap kesuburan. GLA Complex Shaklee membantu menghasilkan cecair servik yang subur & berkualiti dikenali sebagai 'Egg White Cervical Mucus'. Ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian dan seterusnya ke uterus dimana sperma akan disenyawakan oleh ovum. Cecair ini juga membantu sperma hidup selama 5 hari. Jadi ini sangat membantu untuk meningkatkan persenyawaan walaupun pasangan tidak bersama.

2) Gejala PMS - Kesan lebih baik jika diambil bersama Ostematric Shaklee.

3) Menstabilkan hormon terutama bagi wanita yang kitaran haid tak tetap.

4) Mencantikkan kulit dan menghilangkan jeragat - Kulit lebih cerah dan lembap.

5) Kesihatan Jantung - Kandungan Omega 6 yang terdapat dalam GLA Complex Shaklee dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Lebih berkesan jika diambil bersama Omega Guard Shaklee bagi menstabilkan kesihatan jantung & kadar denyutan.

6) Anti Ageing - Memperlahankan proses penuaan & menopaus.

Selain itu GLA Complex Shaklee juga bertindak untuk menguatkan kuku dan rambut, menangani ekzema, mengawal kencing manis dan darah tinggi, arthritis, memberbaiki prostat yang terjadi peada lelaki, menentang kanser, memperbaiki imflamasi kulit dan hiperaktif.

Saya juga ada pengalaman istimewa bersama GLA Complex Shaklee ni. Sewaktu saya didiagnosis menghidapi Cyst dan bagaimana saya memastikan diri saya terhindar terus dari cyst.

Lebih istimewa GLA Complex Shaklee sesuai di ambil oleh semua peringkat umur perempuan mahupun lelaki. Untuk remaja yang kebiasaannya ada berdepan masalah jerawat, amalkan GLA Complex Shaklee. Insha Allah licin kulit tu.



Adik lelaki saya salah seorang pengguna setia GLA Complex Shaklee. Sebelum menggunakan GLA, beliau sering bertukar krim dan pencuci muka disebabkan masalah jerawat dan kulit berminyak. Alhamdulillah dalam beberapa minggu menggunakan GLA, kulit beliau semakin cerah dan parut jerawat mula hilang. Kini beliau tak perlu susah payah mencari produk kulit yang sesuai.


Cara pemakanan : 1 biji pagi dan 1 biji malam selepas makan.
Kandungan : 60 biji softgels sebotol untuk sebulan.




Bulan Ogos ni waktu terbaik untuk dapatkan GLA Complex Shaklee kerana bulan ni beli 6 botol percuma 1 botol. Boleh lah kongsi dengan kawan-kawan ataupun simpan stok untuk beberapa bulan. Tak rugi kalau dapatkan sekarang.


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832



"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."