Saturday, September 20, 2014

Kemas Rumah Memang Cerewet Dengan Che Yu.

Hmmm... Kemas rumah? Mesti dengar pun tak rajin kan? Saya kalau nak kemas rumah pun kena tunggu mood. Biasanya mood mengemas datang bila waktu malam sebab malam sejuk sket. Siang kan panas, jadi cepat letih dan haus. Itu saya la, korang tak tau la camne. Saya ni agak cerewet dalam beberapa perkara berkaitan kemas mengemas ni. 

Ok, biasanya waktu kemas rumah tu saya tak tumpu pada satu benda je sebab nanti yang lain tak bersentuh. Saya kalau betul-betul kemas boleh jejak 7-8 jam kot! Ha... sebab tu la nak tunggu mood. Biasanya saya start dengan lap-lap meja, tv, aksesori & radio. Tujuannya biar semua habuk jatuh ke lantai so senang nak vacuum nanti. Saya 'pantang' guna penyapu sebab saya ada asma. Sebab tu saya tak boleh lepas minum Meal Shakes, ESP, Vitamin C & B-Complex. Alhamdulillah sejak ambil vitamin-vitamin ni asma saya tak teruk macam dulu

In the middle lap mengelap dari depan sampai ke hall tu, saya stop by kejap sebab asing-asingkan baju untuk dicuci ikut kategori. Tudung, baju kerja, baju jalan, baju rumah, baju Qiqi, seluar, stokin & kecik-kecik tu. Banyak kan kategori-kategorinya? Hehe.. Saya memang tak 'berkenan' dan kalau boleh tak benarkan sapa-sapa kacau bab-bab cuci, sidai baju, lipat baju & susun baju and kemas rumah juga actually! Kalau tak, ada je yang mata ni tak berkenan. Saya terikut perangai arwah mak. Dulu dia pun macam ni juga. Kalau jemur baju tu salah side memang dari dalam rumah dengar dia dok teriak! Jadi, daripada tak berkenan tengok orang buat.. baik saya buat sendiri. Che Da dah pun dah tau bab-bab ni dia tak sentuh. 

Ok, selesai mengkategorikan baju.. saya akan basuh batch by batch. Masuk 1 batch start vacuum kusi & kusyen dulu. Lepas tu baru vacuum lantai pun bahagian demi bahagian. Tengah-tengah cuci, mesin basuh bunyi 'tiiitt'.. maknanya batch 1 siap. Tinggal vaccum jap, pegi dapur ambil baju and ganti batch 2. Batch 1 terus jemur. Saya tak suka jemur sekali hadap sebab nampak banyak nanti. Batch by batch senang sket. Sidai baju pun kena ikut kaler hanger. Yang tu saya je yang tau. Hehe.. Baju keje Che Da kaler biru gelap, saya punya biru cerah. Baju jalan Che Da kaler pink, saya punya kaler biru purple. Baju Qiqi hanger kecik kaler biru gelap. Baju umah hanger lain, seluar hanger lain. Saya memang tak boleh faham orang yang suka campur-campur hanger. Hehe... Tudung-tudung saya cuci tangan so tadi tu rendam dulu. Lepas siap kemas rumah baru cuci tudung. :)

Lepas jemur batch 1 saya sambung balik vacuum. Macam tu la saya ulang proses cuci baju sambil-sambil kemas rumah. Ok, vacuum done! Lepas tu mop plak! Dulu saya guna 2 jenis pencuci je. Kalau tak Ajax Fabuloso, saya pakai Dettol. Tapi kena bilas balik. Jadi memang nak patah pinggang. Haha.. Sekarang tak lagi. Saya ada dua benda magic yang sangat membantu saya mengemop lebih mudah iaitu 'Mop Magic' dan Basic-H. Mop magic ni birthday present Che Da dari office-mate dia. Best giler baldi ni. Mop tu tak payah nak perah-perah lagi dah. Cuma masukkan mop & spin. Dengan Basic-H plak saya tak payah nak bilas. Mop sekali je. Lantai berminyak macam mana pun, bila guna Basic-H memang hilang minyak tu. Nak lap tingkap pun senang, nak lap dapur pun senang, lap peti sejuk pun sama. Pendek kata saya memang utilise Basic-H ni untuk keje-keje mengelap & mop semata-mata! First time guna tu saya memang surprise masa lap dapur. Dapur kan tempat paling berminyak. Tapi masa lap guna Basic-H tu sekali lalu je minyak hilang. Senang habis! Sekarang memang tak guna yang lain la. Basic-H je. Jimat pun jimat. Satu baldi untuk mop tu saya just campur Basic-H dalam 5-6 titik je untuk mop 1 rumah. Berbaloi kan??

Ok, hal depan rumah & hall settle. Now masuk dapur plak. Mula-mula cuci segala pinggan mangkuk dalam sinki pastu baru cuci tungku dapur. Siap semua baru saya cuci sinki plak. Tujuannya biar la waktu tu lantai nak berkecah ke basah macam mana pun sebab last skali saya akan mop lagi! Heeee.. Bila section dapur siap, lantai kat depan pun dah kering. Last sekali spray la satu rumah tu dengan pewangi. Time ni saya rasa PUAS sebab rasa berbaloi penat lelah tadi bila tengok hasil lepas kemas tu. Rasa tenang & nyaman dengan bau-bauan yang lembut. Dah penat tu apalagi tidur ler dengan tenangnya. Biasa baru-baru kemas rumah tu, habuk biskut jatuh pun saya bising. kikiki... ye lah, penat tau nak mengemas tapi senang-senang je sepah balik. Memang nak kena la! :)

Kalau korang nak try Basic-H ni boleh contact Che Yu. Che Yu boleh kongsi apa lagi boleh buat dengan Basic-H ni. Korang mesti surprise! 

PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."



~Posted by Che Yu~


Tempat makan BEST di JB.

Nak citer pasal tempat makan best ni sebenarnya banyak cuma tahu ngan tak tahu je kat mana. Pelik kan kadang-kadang.. saya rasa tempat makan tu kawasannya agak jauh terperosok tapi ramai orang datang. Macam mana orang boleh discover tempat ni? Tu pun salah satu teknik promoting dari mulut ke mulut. Bila sorang dah kata tempat tu sedap, dia habaq kat kawan-kawan dan saudara mara. Lepas tu diorang plak dok habaq kat kenalan-kenalan diorang. Dah jadi viral. Untung peniaga tu, dapat promo free je. Hehe.. Jangan pandang remeh teknik ni tau. Promoting mulut ke mulut merupakan cara paling berkesan untuk dapat pelanggan. Macam tu juga lah dengan Shaklee. Bila sorang dah rasa & amal, dapat kesan yang baik.. mereka confirm pukul canang kat kenalan-kenalan diorang dan seterusnya sampai lah membentuk satu networking. Sebab tu, SID kena consult customer betul-betul, bagi cara pemakanan yang betul, waktu ambil yang betul baru semua jadi betul. Tapi customer pun kena ingat jugak.. Ambillah secara konsisten baru lah dapat kesan yang betul. :)

Ok, berbalik pada cerita tempat makan best ni. Saya ada few tempat yang saya rasa menarik untuk lepak-lepak & makan atau makan-makan dengan family bila sesekali balik JB. Berikut antara tempat-tempat wajib kitorang pergi;


1)  Food court Kampung Melayu Majidee. 

Biasa kitorang akan order Ice Kacang special atau Cikong dari gerai Azmie Wawa ABC. Kat KL panggil air ni Laicikang. Ice Kacang Special tu ada aiskrim on top & rasanya memang rich with chocolate & nutty! Kalau nak makan ringan-ringan, kitorang prefer Yong Taufu. Special nya Yong Taufu kat JB ni sebab ada sup. Kalau nak berat sket, kitorang pilih nasi goreng ayam, mee bandung, nasi goreng atau nasi ayam. Tapi tempat ni sekarang tengah dalam construction untuk naiktaraf foodcourt ni. Jadi kalau nak cari Azmie Wawa ABC, diorang sekarang beroperasi kat depan Masjid Jamek Kg. Melayu. Yang lain-lain beroperasi di tapak food court sementara di Taman Suria dekat-dekat dengan Xtra.


Yong Taufu @ Yong Tahu...



ABC Special with Ice-Cream on top! Marvellous!!



2) Senibong, Permas Jaya.


Kalau tekak teringin nak makan seafood, kat sini banyaaaakkk tempat yang best. Ada berderet gerai kat situ, sume jual seafood. Macam-macam pakej ada. Pilih je la mana suka. Saya suka makan black pepper crab, udang goreng tepung & ikan siakap 3 rasa kat sana. Masakan 3 rasa JB style ni pun agak berbeza dgn 3 rasa di KL. Kalau kat KL 3 rasa more to sweet sour.




3) Jalan Sungai Chat, Tepian Tebrau

Kalau kat sini, kitorang mesti order ikan bakar & baby crab kat gerai Tip Top Ikan Bakar. Sesuai la kan dengan namanya, rasanya pun tip top! Ikan bakar JB style ni ada sambal. Baby Crab diorang buat deep fried, so memang ranggup la. Tauhu bakar kat sini pun boleh tahan sedap. 


4) Bubur No. 1 Sentosa

Dah nama pun bubur kan? Memang bubur la korang dapat kat sini. Hehe.. Bila order bubur kat sini, korang akan dapat bubur nasi semangkuk, kangkung goreng sepinggan & sepinggan lagi ada ikan bilis goreng + cili & bawang, kacang tanah goreng, lobak masin & setengah biji telur asin. Nak sedap lagi perahkan limau. Campur semua bahan tadi dalam bubur & ngap... Perrrgghhh... Sedap! 




Ok, so far saya share 4 tempat top ni dulu. Detail harga tu tak ingat tapi serius tak mahal.. So, kalau korang tak tau mana nak cari tempat makan best kat JB, harap info ni membantu. Dah sebat sume makanan ni, perut pun dah kenyang... Jangan lupa counter balik dengan Cinch Tea Shaklee untuk cuci segala minyak tadi. Perah lemon & campur madu sket, memang rasa fresh! Lagi sedap kalau sejuk... Mantop! Tak ler ngantuk lepas makan tu. Selamat mencuba :)




Bila Shaklee sentiasa di hati ;


PM / SMS / WHATSAPP : 019-7794430 & 017-3163095
FB : Masayu AR
 EMAIL : caprirus785@gmail.com
ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."



~Posted by Che Yu~


Friday, September 19, 2014

Lupakah Saya Siapa Saya Sebenarnya?

~ Ini kisah Che Yu sendiri.. ~



Macam tak betul je.. Diri sendiri pun dah tak kenal? Ya, saya selalu kena beringat yang saya ni hanyalah makhluk Allah yang penuh dengan kelemahan. Takut lupa diri dan sentiasa rasa diri betul. Sebab tu saya kena sentiasa betulkan niat, untuk apa saya ingin hidup berjaya dan kaya.

Siapa saya? Proud to say that I am a SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR with ID no 949189. Apsal nak bangga sangat jadi SID ni? Sebab group Shaklee banyak mengajar saya untuk lebih dekat dengan Maha Pencipta! Mau tak bangga & bahagia. Ok, nak tanya.. Kalau dapat tolong ramai orang hidup lebih sihat.. agak-agak rasa bahagia tak? Bahagia kan.. Kalau dapat tolong ramai orang untuk mengubah nasib hidup jadi lebih baik.. agak-agak bahagia tak? Mesti bahagia kan.. Tang ni tak payah nak bangga sangat, takut jadi riak plak!

Basically saya adalah mama kepada Nur Qeisha Qaireen atau saya suka panggil Qiqi. Anugerah istimewa dari Allah sebab hadir dalam hidup saya dan banyak mengubah diri saya yang dulu. Dia buat saya fikir tujuan hidup saya. Mungkin (alasan....) saya anak bongsu, so rasa tanggungjawab tu agak nipis sket berbanding kebanyakan anak sulong. Kadang-kadang bila bersembang dengan diorang ni buat saya rasa kagum dengan sifat tanggungjawab yang dah sedia ada dalam jiwa diorang. Patut lah diorang jadi tulang belakang keluarga. Thank you along-along semua. Korang memang awesome!!

Dulu masa lapang saya suka main game find 'Hidden Object' yang mengarut dan tak pernah dapat pape pun dari hobi tu selain sakit mata, sakit tengkuk, sakit pinggang dan sakit kaki sebab main game berjam-jam. Ni lah hobi paling merepek & tak berpekdah. Tapi tu dulu laaaaa.. Sekarang masa lapang saya cuba utilise baik-baik. Saya tulis blog ke, baca info-info kesihatan ke, baca suratkhabar ke ataupun baca buku... sikit. Hehe.. yang ni tengah pupuk minat. Insha Allah kalau di amalkan menjadi hobi ni. 

Saya suka dengan nature, suka camping, suka tengok hutan-hutan dan gunung ganang (tengok je la.. naik lum try lagi..). Bila tengok keindahan alam ni rasa kagum dengan ciptaan Allah. Subhanallah. Bagi saya ini lah nikmat kehidupan yang Allah beri dan kita perlu jaga. Well, saya actually teringin nak spend masa untuk aktiviti cycling & aktiviti sihat ni sume la. Kot-kot korang ada buat aktiviti macam ni, sudi-sudikan lah ajak saya join. Hehehe... Mana tau ada kelapangan, boleh ikut.

Papepun on top of that, perkara yang sering terlintas dalam diri saya ialah nak bina impian saya. Secara ringkasnya saya dah set dalam mindset yang saya mampu & dapat capai segala impian murni saya HANYA dengan Shaklee. Memang bunyi membesar-besarkan Shaklee tapi semua bersebab. Insha Allah korang akan dapat 3 perkara bermula dari hari pertama register dengan Shaklee. Pertama, kesihatan.. Kedua, ketenangan jiwa sebab ada pengisian rohani & dapat bantu orang jadi sihat. Yang ketiga & terakhir bebas kewangan. Alhamdulillah saya sedang merasa perkara pertama & kedua. Tapi saya lagi suka kalau dapat capai perkara ketiga beramai-ramai. Jom join saya. Insha Allah bila kita dapat akhirat, dunia dah tentu-tentu dalam tangan. 

PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."



~Posted by Che Yu~

Wednesday, September 17, 2014

Cajun Shrimp Wrap

Malam minggu lepas chedacheyu teringin nak makan Cajun Shrimp Wrap. Nak lari dari rutin makan nasi la kononnya. Memang dah berapa hari aim tortilla wrap yang terdampar kat atas dapur tu. Check-check dalam esbok jumpa udang, terus terbayang Cajun Shrimp Wrap tu. Spices sume memang dah ada so apa lagi... On lah! Cara nak buat Cajun Shrimp Wrap ni takde lah rumit pun. Jom tengok!


Resipi Cajun Shrimp Wrap

Bahan-bahan :

1⁄2 sudu teh Chili Flakes
1 sudu teh Cajun Spice
1⁄2 sudu teh Lada Hitam 
1⁄2 sudu teh Granulated Onion 
1⁄2 sudu teh Garlic Salt (saya tak guna garam sebab garlic salt dah rasa masin)
Sedikit Minyak/Butter
Salad, Tomato, Sos Cili, Mayonis dan sos barbeque jika suka. 
Udang 
Tortilla Wrap

Cara-cara : 

1. Bersihkan udang dan campurkan semua rempah-rempah dan grill dengan sedikit minyak atau butter dalam kuali non stick. Api jangan besar sebab rempah mudah ‘burnt’

2. Bila udang dah masak, angkat udang dan letak ke dalam tortilla dengan salad dan tomato. Boleh juga tambahkan dengan mayonis, sos cili dan sos barbeque. 


3. Balut kemas dan sedia untuk dimakan.

Cajun Shrimp sedang 'sizzling'. Time ni aromanya semerbak.

Siap! Macam tu je.. simple kan? Try lah, memang sedap. Lepas tu minum plak air lemon dengan mint. Perggghh! Memang terbaik!

~Posted by Che Yu~

Tuesday, September 16, 2014

Bagaimana menentukan jantina anak dalam kandungan?

Ok, saya percaya zaman sekarang tak susah nak tahu jantina anak dalam kandungan dengan adanya teknologi canggih. Ujian ultrasound sekarang pun ada yang 3D dan 4D. Siap ada kaler tau. Memang nampak jelas bayi dalam perut tu. Hehe.. Namun pun begitu ketepatannya tidak lah 100% sahih memandangkan jantina bayi terletak pada kawasan yang kecil & tersorok.

Ok, itu versi moden. Macam mana pulak zaman mak-mak kita dulu nak menentukan jantina bayi? Caranya dengan melihat 'peel' dan keadaan fizikal perut si ibu. Zaman sekarang pun masih ada pasangan yang tak nak scan bayi. Lebih suka surprise.

Tanda-tanda anak lelaki ;

  • Jarang mual. Sikap masa pregnant dan tak pregnant maintan je.
  • Degupan jantung bayi rata-rata antara 140/minit. (Ni kena pi check doktor tahap degupan jantung tu.)
  • Bentuk perut lebih bulat seperti bola.
  • Suka makanan masin dan masam.
  • Cenderung menyukai makanan yang kaya protein seperti keju, telur dan daging.
  • Kaki rasa sejuk.
  • Warna puting payudara lebih gelap.
  • Kulit lebih kering.
  • Suka tidur ke arah utara dipercayai petanda anak lelaki, dan arah selatan petanda anak perempuan.
  • Air kencing berwarna lebih cerah.
  • Sering diserang sakit kepala.
  • Janin lelaki akan mula bergerak dari arah kanan.

Tanda-tanda anak perempuan ;

  • Morning sickness pada awal kehamilan.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140/minit.
  • Punggung kelihatan lebih besar, berat lebih tertumpu di bahagian pinggul.
  • Dada sebelah kiri lebih besar.
  • Tubuh kelihatan lebih tinggi.
  • Bentuk perut kelihatan lunjung dan melebar.
  • Suka makanan manis-manis termasuk buah-buahan.
  • Sangat cerewet semasa hamil.
  • Emosi kurang stabil dan mudah marah.
  • Warna puting payudara merah jambu dan cerah.
  • Warna air kencing lebih gelap dari kebiasaan.
  • Tidak suka bersolek.

Ini hanyalah sebahagian panduan untuk menentukan jantina anak secara tradisional. Ada juga yang mengikut naluri si ibu. Kebanyakan sebab pasangan ingin mengetahui jantina bayi adalah supaya mudah menyediakan keperluan bayi selepas lahir nanti. Kesimpulannya sama ada bayi lelaki atau perempuan, kedua-duanya adalah anugerah Allah sebagai pelengkap sesebuah keluarga. Dua-dua pun istimewa. Tak gitu?





~Posted by Che Yu~

Monday, September 15, 2014

Fobia Buasir!

Biasanya wanita hamil dan ibu-ibu lepas bersalin fobia nak buang air besar, betul tak? Ok, saya takde pengalaman bersalin dan buang air.. Tapi perasan tak biasanya orang lepas bersalin diorang akan duduk berjam-jam dalam toilet untuk buang air besar? Itu base on my observation time kakak-kakak saya bersalin dulu. Disebabkan fobia & sakit waktu buang air besar ni la ada yang sanggup tahan daripada buang air besar. Masalahnya tahan buang air besar ni lama kelamaan akan menyebabkan sembelit. Time tu bila nak membuang lagi seksa. Bila dipaksa boleh mengakibatkan buasir! Sikap suka tahan-tahan buang air ni tak kira la kecik ke besar memang tak elok sebab bahan buangan tersebut mengandungi toksin. Bila toksin berlebihan dalam badan, mulalah timbul pelbagai penyakit antaranya sakit kepala dan sakit kulit termasuklah jerawat dan sebagainya.

Ada antara kawan-kawan saya yang menghadapi masalah ni. Mereka mengambil Ostematrix setiap hari bagi tujuan melembutkan najis. Kalau anda ada masalah sukar buang air besar, makan Ostematrix. Insha Allah berkesan. Ingat tak hari tu saya ada buat entry pasal ayah saya jatuh bilik air? Lepas 2-3 kali makan Ostematrix dia pun cakap sekarang senang nak buang air. Haaa... tindak balas Ostematrix la tu. 

Masih berfikir-fikir nak ambil Ostematrix? Jangan fikir lama sangat, karang melarat sembelit tu. Tak mahal pun Ostematrix ni. Contact saya untuk info lanjut.


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."



~Posted by Che Yu~

Thursday, September 11, 2014

Shaklee Home Office dah pindah tempat baru.

After 2 weeks Shaklee Home Office pindah ke The Pinnacle, Bandar Sunway.. hari ni baru la berkesempatan pergi sana. Nak tengok sendiri tempat baru ni. Dengar-dengar citer macam best je. Tempat ni lebih dekat dengan rumah berbanding kat Subang tapi agak sesak la time peak hours. Well, tu sume takde masalah kalo hati dah suka kan... Redah je la.. Landmark nya berdekatan dengan Sunway Piramid.

Sampai sana kena masuk lobi dulu, register, amik pass then baru boleh naik tingkat 9. Kat kaunter tu ada 2 pintu untuk naik. Nak ke Shaklee amik belah kanan. Lift kat sini agak canggih, pakai touchsreen je. Tekan no. 9 kat luar lift tu dulu baru masuk lift. Korang takkan jumpe button mana-mana tingkat kat dalam lift tu. Jadi sebelum masuk lift, tekan siap-siap. So sesampainya di sana terpegun jap tengok Shaklee ni. Soothing je tempat ni. Kaler dia kira Shaklee habis la. Kaunter pun lebih banyak dengan ruang lebih luas. Take a tour jap kat dalam tu. Impressive! Kat tempat baru ni ada disediakan playground untuk pelanggan-pelanggan Shaklee yang datang bawak anak-anak. So, sementara menunggu atau berbincang-bincang anak-anak tak lah boring sebab diorang boleh main kat dalam tu. Masa saya datang section ni tutup. Lagi satu, kat sini ada ruang khas untuk korang yang nak shopping online. Agak-agak time datang tu ramai orang, pergi je kat sini untuk order online. Ada 2 laptop kat situ. 


                         





Saya jalan sampai kat sudut hujung, nampak la view Sunway Lagoon dari atas. Overall tempat baru ni memang cantik & menarik serta mesra pelanggan. So, sapa-sapa yang belum datang lagi try la pergi. Korang mesti suka dan teruja ngan tempat baru ni. Curlass gitu! Kalau nak beli barang kat Shaklee terus, make sure korang dah jadi ahli sebab ahli je yang boleh beli direct kat situ. Kalau belum join ahli, boleh order melalui SID yang berdaftar macam saya. Untuk dapatkan harga murah, daftar jadi ahli. Jimat giler!


Lokasi Shaklee Home Office yang baru..






PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


~Posted by Che Yu~




Wednesday, September 10, 2014

Lecithin Bukan Sekadar Untuk Kurus.

Hari ni saya nak berkongsi tentang Lecithin Shaklee.. Lecithin ni berfungsi sebagai pemecah lemak. ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan menghalang lemak dari melekat pada dinding membrane. Lecithin sangat diperlukan oleh badan sebab badan tak boleh menghasilkan lecithin sendiri. 

KEBAIKAN Lecithin Shaklee :


  1. Lecithin Shaklee bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak2 yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti darah tinggi, stroke & heart disease.
  2. Kenapa org yang nak kurus patut ambil Lecithin Shaklee? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak atau memecahkan lemak. Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti anda teruja dengan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin Shaklee memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel-sel bdn.
  4. Lecithin Shaklee membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya, fungsi saraf tidak efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin Shaklee.
  6. Lecithin Shaklee membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, germs dan  bakteria.
  7. Lecithin Shaklee juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia  memainkan peranan berkenaan short term memory. Lecithin Shaklee dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah nyanyuk atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  8. Lecithin Shaklee juga baik untuk mereka yang mengalami insomnia kerana ia merupakan sumber hormon neurotransmitter.
  9. Lecithin Shaklee adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Baik untuk mereka-mereka yg ada alergi, asma, bronkitis dan sebagainya.
  10. Lecithin Shaklee bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang juga sistem penghadaman.
  11. Lecithin Shaklee adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin Shaklee diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause. 

                          

*Sebiji Lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..Cuba kira brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-)



Untuk dapatkan Lecithin Shaklee ni.. jangan teragak-agak untuk buat mana-mana yang di bawah ;)



PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


~Posted by Che Yu~
         

Tuesday, September 9, 2014

Kenapa saya yakin dan setia dengan Shaklee..

To be honest, dulu saya bukan lah minat sangat nak makan supplement. Terfikir pun tidak. Tapi bila asyik sakit badan je, baru terfikir nak cari supplement (tanda-tanda dah tua la tu. hehe..). Dipendekkan cerita, saya terbukak hati nak try product Shaklee after diperkenalkan oleh sorang rakan fb (sekarang dah jadi my mami Shaklee). So, my first supplement was Vitalea & B-Complex. Set kesihatan ekonomi untuk badan letih & anti-stress. One thing yang saya perasan after seminggu ambil Vitalea & B-Complex secara konsisten, time bangun pagi memang badan rasa segar & mood saya okay (dulu cepat hangin lebih-lebih lagi kalau waktu nak check paperwork dari branch2 lain). Seriously saya menyesal tak start ambil supplement dari dulu lagi. 

Sebelum join Shaklee, saya pernah buat operation untuk buang cyst. Yang tak best nya doktor kata chances untuk cyst tu tumbuh balik agak tinggi. Adoiii, yang first time ni pun dah cukup sakit. Tak kan nak lagi dan lagi kot. Bila dah join Shaklee, saya study apa supplement yang sesuai untuk elakkan cyst tak datang terus. Well, i found GLA Complex boleh bantu saya selain tu boleh elak sindrom PMS. Saya tak pernah tak kena PMS. First 2 days tu, macam nak letak sign 'Leave me alone' je gantung kat leher supaya sume orang tak kacau saya. Hehe.. Alhamdulillah sume tu dah takde lagi. Alhamdulillah juga, sampai sekarang saya bebas cyst!

Ok, based on my experience supplement Shaklee works not only for me but my kazen, ibu, ayah, my brother, my sister and friends too. Memang tepat dengan motto Shaklee tu sendiri iaitu "Selamat, Berkesan & Semulajadi". So far, saya belum pernah dengar lagi orang yang amalkan Shaklee secara berterusan tak berkesan. Ada la yang kata tak berkesan dan tak menjadi.  Ok, korang kena faham kenapa tak menjadi. KENAPA TAK JADI KAT SAYA? TAKDE PAPE PUN YANG BERLAKU PADA SAYA.. SAMA JE, TAKDE APA YANG BERUBAH PUN. Cuba check balik betul ke korang ikut aturan pemakanan, dos yang di ambil, waktu bila patut ambil tu semua. Check betul ke tak? Lagi satu korang ada juga yang sekejap ambil, skip dua tiga hari lepas tu makan balik. Asyik cenggitu la rutinnya. Pendapat korang la kan, agak-agaknya berkesan tak supplement tu? Rasanya datuk supplement pun tak berkesan kot. Lepas tu complain supplement tu tak berkesan. Jadi, sentiasa amal baru korang rasa kebaikannya. Lupa nak cakap.. Kebiasaannya orang yang baru ambil supplement Shaklee akan mengalami healing crisis. Iaitu proses pemulihan dari dalam badan & proses penyingkiran bahan toksin yang dah terperap dan terpendam lama dalam badan. Next entry saya akan cerita tentang healing crisis ye. INI LAH YANG MEMBUATKANN SAYA YAKIN DENGAN SHAKLEE.

Selain dari faedah kesihatan, saya juga dapat tambah income dengan Shaklee. Part yang ni best. Sebab saya bukan buta-buta cakap Shaklee boleh buat korang kaya raya. Tidak! Semua akan berlaku jika korang kerja keras & sanggup berkorban masa & tenaga untuk serius berbisnes. Takde istilah goyang kaki kat sini. Yes, Shaklee memang MLM. Dulu saya fobia dengan MLM sebab banyaaaakkk kena tipu dengan MLM. Janji menggunung tinggi dan manis-manis belaka. Saya akui bangsa saya memang suka BERMIMPI je. Kat Shaklee bukan je bagi MIMPI, tapi itu pasti JIKA korang sanggup berkorban! Dengar syaratnya memang senang tapi bukan mudah nak buat. Dalam bisnes ni saya sentiasa dibimbing oleh leader-leader hebat & rakan-rakan yang sama-sama berimpian tinggi macam saya. APA YANG BUAT SAYA TERTARIK DENGAN BISNES SHAKLEE dan saya tak pernah jumpa formula ni dalam MLM lain yang saya pernah join. Bisnes ini buat saya jadi dekat dengan Maha Pencipta! Serius! Dalam keluarga besar kami, kami akan sentiasa dibimbing, diberi modul lengkap bagaimana mendekatkan diri dengan Allah dan itu lebih penting dari segalanya. Kami diberi pengisian rohani yang cukup dan leader-leader hebat ini terhasil dari situ! Mereka ajar saya bagaimana menjemput rezeki dengan mencukupkan keperluan rohani. Bila kita dekat dengan Allah, insha Allah segala pintu rezeki akan terbuka luas untuk kita malah rezeki tu sendiri datang dari arah tak disangka-sangka. Pengisian ini yang buat hati kami kental dan kuat menghadapi apa jua cabaran. Banyak lagi yang seronok semenjak join Shaklee. Yang ni pun saya akan kongsi next entry ye. SO, INI LAH YANG MEMBUATKAN SAYA SETIA & SAYANG DENGAN BISNES SHAKLEE.

Kalau korang ada impian besar untuk hidup bebas hutang, bebas kewangan & berniat nak bahagiakan mak ayah, bahagiakan keluarga, nak 24 jam bersama mereka, nak tengok anak membesar depan mata, nak tiap-tiap tahun pergi umrah atau bawak family jalan satu dunia dan semestinya nak provide kesihatan yang baik untuk mereka... Saya cadangkan mulakan langkah korang di sini. Jadi sebahagian keluarga besar kami. TAPI INGAT! Saya tak suruh korang percaya apa yang saya cakap. Buat dan rasa sendiri. Bak kata pepatah.. Tepuk dada tanya iman dan kekuatan masing-masing. Bila nanti dah terbuka hati, jangan segan kontek saya. Boleh kita sembang panjang.  :)

PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


~Posted by Che Yu~