Monday, October 13, 2014

BAHAYA POTASSIUM DAN PHOSPHATE KEPADA PESAKIT BUAH PINGGANG.

Potassium dan  Phosphate adalah mineral yang terdapat dalam kebanyakan makanan yang kita makan. Buah pinggang kita berfungsi untuk mengawal jumlah kedua-dua mineral ini di dalam darah. Tapi awas bagi pesakit buah pinggang, kedua-dua mineral ini boleh menjadi terlalu tinggi bagi mereka. Teringat bekas rakan sekerja saya yang tak akan makan kentang goreng kalau dia order meal dari McDonalds! Sebab kentang mengandungi potassium. Untuk makluman, dia adalah pesakit kegagalan buah pinggang.

Tahap potassium yang tinggi dalam darah boleh membawa kepada komplikasi lain seperti lemah badan, kekejangan otot, kesukaran bernafas, degupan jantung yang tidak teratur dan paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung. Manakala tahap phosphate yang tinggi dalam darah boleh menarik keluar kalsium dari tulang dan mengakibatkan tulang rapuh, gatal-gatal, sakit sendi, radang mata dan saluran darah menjadi keras. Jadi, adalah sangat penting untuk pesakit kegagalan buah pinggang mengetahui tahap kedua-dua mineral ini dalam makanan mereka untuk mengelakkan bahaya berganda!

Makanan yang kaya potassium kebanyakkannya dari sumber tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tertentu. Manakala makanan yang tinggi phosphate biasanya daging, ayam , ikan dan pelbagai makanan laut. Makanan yang tinggi kandungan kedua-dua mineral ini terdapat dalam produk tenusu, kacang, biji , coklat dan produk bijirin penuh.

Sila rujuk jadual berikut untuk tahap kandungan Potassium dan Phosphate dalam pengambilan makanan harian ;


Jadual 1: Pengkelasan sayur-sayuran berdasarkan kandungan potassium
Rendah Potassium
<150 mg
Sederhana Potassium
150-200 mg
Tinggi Potassium
>200 mg
Kangkung
Kobis
Petola
Peria
Taugeh
Asparagus
Kacang Buncis
Kacang Bendi
Kacang Panjang
Labu Merah
Lobak Merah
Salad
Sengkuang
Terung
Tomato
Bayam
Brokoli
Cekur manis
Jantung pisang
Kailan
Petai
Sawi hijau
Ubi (kentang, keledek, keladi)
*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1/2 cawan sayur yang sudah dimasak.

Jadual 2: Pengkelasan buah-buahan berdasarkan kandungan potassium
Rendah Potassium
<150 mg
Sederhana Potassium
150-200 mg
Tinggi Potassium
>200 mg
Epal (1 biji)
Jambu batu
Nenas
Pir (1 biji)
Laici
Pisang kaki
Rambutan
Tembikai
Betik
Limau Tempatan (1 biji)
Anggur
Nangka
Ciku
Durian
Longan
Pic
Plum
Pisang (semua)
Oren import (1 biji)
Mangga
Kurma (5 biji)
*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1 cawan buah-buahan segar, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Jadual 3: Pengkelasan minuman berdasarkan kandungan potassium

Rendah Potassium
<150 mg
Sederhana Potassium
150-200 mg
Tinggi Potassium
>200 mg
Minuman bersirap
Minuman barli
Teh cina
Air tebu
Jus buah-buahan
Minuman bercoklat
Air kelapa
*Pengkelasan berdasarkan kandungan kalium bagi setiap 1 gelas minuman.


Jadual 4: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat dalam minuman
Rendah Fosfat
<110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
>160 mg
Air tebu
Krimer bukan tenusu
Sirap ros
Teh cina
Minuman kacang soya
Minuman kola
Minuman bercoklat/koko
Teh tarik
Kopi susu
*Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat bagi setiap 1 gelas minuman.

Jadual 5: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat dalam makanan daripada kumpulan bijirin
Rendah Fosfat
<110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
>160 mg
(1 cawan)
Kueh teow
Laksa
Mee kuning / bihun

Idli (1 keping)
Oats (2 sudu besar)
(1 cawan)
Mee goreng
Nasi

Roti putih (2 keping)
Putu mayam (1 keping)
(1 cawan)
Makaroni
Mee segera

(1 keping)
Chapati / Tosai
Roti canai

Jadual 6: Pengkelasan berdasarkan kandungan fosfat makanan sumber protein (lauk-pauk)
Rendah Fosfat
<110 mg
Sederhana Fosfat
110-160 mg
Tinggi Fosfat
>160 mg
Putih telur
(1 biji putih telur ≈ 5mg fosfat)

Ayam (90 gram)
Telur (1 biji dengan kuning telur)

(2 sudu makan)
Ikan bilis
Udang kering
(1/2 cawan)
Dhal
Kacang soya

Kebanyakan ayam, ikan & daging
(> 90gram)
 
Sumber dipetik http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik.



~Posted by Che Yu~

No comments:

Post a Comment