Wednesday, October 15, 2014

Kucing Menghidap Batu Karang

Kucing pun boleh kena batu karang??? Ada orang gelak bila dengar kucing pun boleh menghidap batu karang. Kucing jantan paling kerap menghidap batu karang kerana salur kencing kucing jantan lebih halus berbanding kucing betina. Ia bermula dari hablur kecil yang menyekat pundi kencing seterusnya menyukarkan kucing untuk buang air kecil. Jika tidak mendapat rawatan segera, hablur kecil tersebut akan membesar sehingga mengakibatkan penyakit batu karang.
RayRay, kucing saya sendiri pernah mengalami masalah ini lebih kurang 3 tahun lepas. Alhamdulillah saya cepat bawa RayRay ke klinik veterinar Doktor Thong di PJ (Right Angle Animal Clinic, PJ) dan RayRay di 'masukkan ke wad' selama seminggu. Permulaannya, kucing saya tiba-tiba hilang selera makan & mengerang dengan perut mengeras. Semuanya berlaku tak sampai satu hari. Di klinik, Doktor Thong memberikan suntikan pelali dan seterusnya memasukkan tiub ke dalam pundi kencingnya dan 'flush' segala kekotoran dan hablur tersebut. Biasanya kekotoran akan bercampur dengan darah.

Antara punca kucing diserang batu karang ;

- Kandungan garam yang tinggi dalam makanan kucing. Biasanya makanan kucing yang terdapat di pasaran seperti Friskies, Smart Heart dan pelbagai jenama makanan lain mengandungi amaun garam yang tinggi.
- Kucing kurang minum air.
- Kucing 'outdoor'.

Untuk info, RayRay adalah kucing 'indoor', sering keluar di halaman rumah untuk makan rumput dan hanya diberi makan iams (makanan ini less salt) tapi saya kerap bawa RayRay bersama waktu saya pergi camping. Doktor Thong menasihatkan agar kucing saya dibiarkan 'indoor' sepenuhnya dan jangan bawa ke tempat-tempat berpasir. Kemungkinan pasir pantai yang halus atau pasir yang melekat di rumput telah masuk ke dalam saluran kencing RayRay dan mengakibatkan perkara ini terjadi. 

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur RayRay. Menurut Doktor Thong lagi, jika lambat diberi rawatan, kucing yang menghidap batu karang boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Untuk terus hidup, kucing perlu menjalani dialisis! Berbanding manusia, jangka hayat kucing lebih pendek. Jadi, untuk bertahan lama dan menjalani dialisis adalah peluang yang sangat tipis. Selepas rawatan dijalankan, RayRay perlu diberi makanan khas iaitu c/d diet jenama Hills untuk tempoh sebulan.Makanan ini hanya boleh diperolehi dari klinik veterinar sahaja. Kos untuk menjalani rawatan ini pula lebih kurang RM100 - RM200. Jumlah keseluruhan yang dikenakan termasuk caj 'warded', adalah sebanyak RM500 pada waktu itu.

My jantung hati RayRay..

Seperkara yang harus pemilik kucing ketahui, kucing anda tidak akan menunjukkan tanda-tanda yang mereka sakit. Dari segi luaran mungkin kucing nampak sihat tetapi sebaliknya. Pantau tabiat kencing & buang air kucing anda dan sentiasa sediakan semangkuk air yang bersih untuk mereka.


Garangnya muka RayRay :)


~Posted by Che Yu~

16 comments:

  1. Buat carpet bagus tu bulu dia.. Hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalam...kucing saya pun baru je kena batu karang nih....
    rawatan awal.....saya blend carrot putih dgn sedikit air...
    lepas tu perahkan...jusnya saya bagi kat kucing saya...
    dia minum 2 titik je macam tu...sebab agak pahit dan susah sangat dia nak telan =))
    tapiii alhamdulillah....batu [semacam pasir...ada 2 ketul] keluar melalui air kencing kucing saya petang tu jugak....
    Doktor minta utk teruskan bagi minum jus tu.... sebab ia salah satu cara terbaik...selain makan ubat dan antibiotik yang doktor berikan....
    sharing is caring.... semoga kucing kita sihat dan membesar bagaikan johan =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. Tq Alia bagi tips. Alhamdulillah, glad to hear that kucing awk dh sembuh. Mana awk dpt tips bagi jus lobak putih ya? Interesting. Semoga si comel kita sihat dan aktif. 😉

      Delete
    2. boleh pg ke page dr nih sis.... =))
      http://kucingneko.blogspot.com/2013/01/persoalan-kucing-tak-boleh-kencing.html

      Delete
    3. TQ dh tgk link dlm blog awk dh..

      Delete
  3. kos rm 500 termasuk flush+ward led selama seminggu ke?

    ReplyDelete
  4. Ya, termasuk semuanya dengan maknan khas utk urine care selama dia warded.

    ReplyDelete
  5. aduh . kucing saya pun kena cenggini . tak tahu nak buat apa . saya tak berkemampuan nak bawa ke klinik .

    ReplyDelete
  6. Cuba awak bawa ke Klinik Veterinar kerajaan,mungkin kosnya jauh lebih murah.Saya tahu di UPM dan Hospital Veterinar Cheras. Kami hantar Ray Ray ke Klinik Veterinar Swasta yang biasa dia buat suntikan. Kalau betul ada tanda-tanda perlu cepat hantar untuk rawatan.

    ReplyDelete
  7. Atau boleh juga cuba cara rakan kita Alia Shaari. Blend lobak putih dengan air & perahkan. Beri minum dalam 2 titik sampai kucing kencing keluar pasir. Untuk info lanjut boleh ke page yg beliau share http://kucingneko.blogspot.com/2013/01/persoalan-kucing-tak-boleh-kencing.html

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Kami merupakan pakar menyingkir batu karang pundi hempedu di Malaysia.
    Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi yang lama, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang tersendiri untuk membubarkan batu dalam masa 12 jam. DR JETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR JETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa.
    Kelebihan produk kami:-

    Dalam 12 Jam Sahaja
    Kaedah-kaedah yang lain di pasaran mengambil masa yang panjang (24jam atau 7 hari) untuk membubarkan batu hempedu. Produk kami yang merangkumi resipi yang berantioksida tinggi dapat menunjukkan keberkesannya dalam 12 jam sahaja. Dalam masa 12 jam sahaja, batu hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-buahan buangan.

    Menyingkir Sisa-sisa Makanan Bertoksin
    Disebabkan campuran Rosecalam Juice dan Bio-Active Mineral, produk kami mampu membubarkan sisa-sisa makanan yang lama antaranya termasuk sisa-sisa bertoksin yang terkandung dalam badan. Bio-Active Mineral berfungsi memperbanyakan air dalam usus malah mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa makanan bertoksin.

    Mengurangkan Berat Badan
    Seperti yang dinyatakan di atas, produk kami dapat menyingkirkan sisa-sisa makan bertoksin dan najis terlonggok. Selepas sisa-sisa baki disingkirkan, berat badan pelanggan kami dibuktikan turun serta-merta.
    ——————————————————————————————————————————

    Untuk memastikan pelanggan sah diserang batu hempedu, dibawah merupakan tanda-tanda kebentukan batu hempedu.
    *Rasa senak yang kronik
    *Rasa mual, angin kembung perut dan sakit abdomen
    *Loya dan muntah
    *Kesakitan di bahagian tengah dan kanan atas abdomen
    *Sakit perut pada bahagian sebelah kanan atas yang seperti gastrik
    *Sakit perut yang memulas hingga melarat ke tulang belikat
    Kesimpulan
    Untuk pengetahuan anda, kami bertujuan untuk menyelamat pesakit batu hempedu dengan produk kami yang bersumber buah-buahan alam semula jadi. Kami tegaskan bahawa tidak perlunya untuk membuang pundi hempedu yang merupakan organ manusia yang penting maka merupakan kurniaan Tuhan kepada kami.
    Dr Jetox telah lama dikenali ramai maka testimony-testimoni boleh didapatkan di laman Facebook.
    Facebook Fanpage : DR JETOX
    Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami bila-bila masa sahaja.
    Sekian, terima kasih.

    Ramon (Pengurus)

    The Club, Bukit Utama,
    1 Club Drive, Bukit Utama,
    Bandar Utama, 47800,
    Petaling Jaya, Selangor.
    GPS Coordinates: 3.151714,101.602716

    No. Talian:
    0109829005 (Ramon)
    0123454977 (Win)
    Penghantar ke luar negeri? Sila rujuk kepada pengedar kami di berikut.
    Kelantan – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Kedah – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Terengganu – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Pahang – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989 )
    Perlis – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Kuala Lumpur – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Wilayah Persekutuan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Selangor – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Melaka – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Negeri Sembilan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Pulau Pinang – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Johor Bahru – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Perak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Sabah & Sarawak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)

    ReplyDelete
  9. Kucing sy da kurus kering..bwk kt doktor kata ada masalah pundi kencing sumbat..doktor kata da 50-50..masa rawatan atau lpas rawatan bole mati..mintak2 Allah panjangkan umurnya.. da mcm adik beradik kucing tu dilayan..kalau kena marah pun dia paham

    ReplyDelete
  10. Hmmm...1st rawatan utk 5 hari rm350 utk masuk tiub n flashing..hari kelima kami ambil...tp smpai hari ketujuh die still xleh kencing..bile nk kencing die bising...hari ketujuh kami anto vet lgi..die dktor flashing n ward 3 hari lgi..cos kali nie lbh kurg 150..total kos da masuk 500...sy bukan org berduit..jika x baik lgi...kos operate 500...sy x taw mane lgi nak cri duit..semoga diberi kemudahan oleh yg maha esa

    ReplyDelete