Monday, December 21, 2015

Easy Sweet and Sour Prawn (Udang Masam Manis Mudah)

Udang? Ni kalau nampak dek si Qiqi habis dia sebat. My little princess Qiqi she's so into udang. Resepi udang sweet sour yang saya kongsikan ni cukup mudah,bahan-bahan semua kebanyakkannya dah ada di rumah. Memandangkan Qiqi pun akan makan udang ni, so resepi ni tidak terlalu pedas. 

Udang Sweet Sour Simple

Udang 
1 sudu kecil  kicap cair
1 sudu kecil tepung jagung 
2 ulas bawang putih dicincang
2 batang cili padi dicincang halus
3 sudu besar sos cili 
5 sudu besar sos tomato 
bawang dipotong wedges
capsicum 
air


Cara-cara 
1.Perapkan udang dengan kicap cair, tepung jagung dan gorengkan. 
2.Tumis bawang putih dan cili padi cincang.
3.Masukkan bawang dan capsicum serta udang yang telah digoreng. 

*Saya suka gorengkan udang dulu sebab nak bagi udang tu garing sikit. Kalau rasa leceh, boleh skip je step 1. 





Boleh refer video ini. 



Ini rupa Udang Sweet Sour saya..



Mengikut tips yang saya pernah terbaca, tempoh masa memasak udang adalah antara 3-6 minit sahaja bergantung pada saiz. Kalau tak dia dah jadi 'overcook'. Simple sangat cara nak masak udang sweet sour ni, Boleh la cuba ya. 





Saturday, November 7, 2015

Alat Untuk Pantau Kucing Di Rumah

Apa perasaan korang bila terpaksa tinggalkan kucing kesayangan kat rumah lebih-lebih lagi untuk beberapa hari? Rasa sedih, rasa bersalah dan rasa tak best. Asyik fikir apa dia buat kat rumah 'sorang-sorang'. Mesti dia sunyi, sedih atau boring sebab kita takde dengan dia. (Sob... sob...)

Tapi jangan lupa, ini zaman cyber! Ada banyak cara untuk stay connected dan monitor cik meow kita kat rumah waktu kita takde. Omputih ni kan memang terer dengan teknologi diorang. Sebenarnya banyak apps yang boleh korang dapat thru smartphone atau komputer asalkan ada internet! 

Dua jenis apps yang saya installed untuk pantau RayRay kat rumah ialah iSpy Camera dan Team Viewer. Selain boleh pantau RayRay, tetamu tak diundang pun saya dapat tengok 'live'. Fungsinya ala-ala cctv. Yang bestnya apps ni sume FREE. Next entry saya share camne nak install iSpy Camera dan Team Viewer ni ok.

Ada satu lagi teknologi yang diorang launch kat Facebook baru-baru ni. Namanya PetBot. Alat berupa kotak putih siap dengan camera dan treat dispenser untuk pet. Menariknya kita boleh ajar pet untuk ber'selfie' dan send terus ke handphone kita. Best kan? Harga diorang tengah promo sekarang USD189+Shipping for limited unit. Place order sekarang, bulan May 2016 baru korang dapat! Nak info lanjut pasal PetBot ni boleh check sini.


Ni la rupa kotak PetBot tu..




Weekend Project Buat Header Blog

Dah lama sebenarnya nak buat Header Blog ni tapi..... tak reti satu hal, malas pun satu hal juga. Hehehe.. Hari ni gagahkan juga diri untuk men'google' tutorial untuk buat Header Blog ni. Jealous tengok blog orang lain cantik-cantik. Heheh..

Daripada banyak-banyak tutorial yang ada kat google, saya tertarik dengan tutorial daripada blog www.enyabdullah.com. Caranya lebih simple, mudah difahami dan tak payah nak download apps bagai sebab boleh buat Header Blog guna Microsoft Excel je! Ha... macam tak percaya je kan.. Selama ni ingat nak kena guna special apps dan pandai html kod segala. Remind to myself kalau tak pandai main dengan cod-ing tu jangan gatal tangan nak buat, kang berterabur template blog tu semua sape yang susah.

Berjam-jam juga berlatih dari tutorial ni and finally siap walaupun tak berapa nak sempurna. Takpe, next time boleh cuba lagi. Kira ok la untuk beginner macam saya ni. Practice make perfect kan.. 

Thank you to eny abdullah for the good sharing! Kalau korang nak try buat Header Blog cara eny boleh klik sini. Goodluck guys! :)

Wednesday, August 26, 2015

Pad Kra Pow Gai (Stir Fried Thai Basil Chicken)

Salah satu masakan kegemaran saya ialah masakan Thai. Love Thai food! Pada saya masakan Thai punya rasa yang menakjubkan. Masam, masin, manis. Lengkap semuanya! Resepi yang saya kongsikan ini saya dapat dari kawan saya yang berketurunan Thai. Tapi saya olahkan resepi ini mengikut citarasa saya yang kurang gemar masakan manis. Saya juga lebih suka menggunakan ayam bahagian thigh sebab pada saya lebih juicy. Jadi isi ayam tu tak la kering sangat berbanding jika menggunakan bahagian dada. Apa-apa pun pilihan di tangan anda. So, selamat mencuba!

Pad Kra Pow Gai
(2-3 orang)

Ayam dipotong kecil
5 ulas bawang putih
3 batang cili padi
1 sudu kecil kicap cair*
2 sudu kecil sos tiram*
2 sudu kecil kicap lemak manis*
1 sudu kecil sos ikan*
½ sudu kecil minyak bijan*
½ sudu kecil gula*
sedikir air
Thai basil
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Satukan bahan bertanda *
2.Tumiskan bawang putih dan cili padi yang telah dicincang
3.Masukkan ayam
4.Masukkan pula sos yang telah disatukan tadi dengan sedikit air jika terlalu kering. Boleh tambah air jika mahu lebih kuah.
5.Masak ayam sehingga masak.
6.Padamkan api dan masukkan Thai basil. 
Sedia dihidangkan.

* Boleh juga perapkan ayam dengan sos terlebih dahulu.  


Bagi adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan, boleh refer video tutorial ni. 




Inilah hasilnya...

Sedap makan dengan nasi panas. Kalau authentic thai they serve it with sunny side up atau telur mata la kata orang Melayu.

Thursday, August 20, 2015

Rawatan Untuk Kucing Sakit Mata

Seingat saya, sejak berpindah ni dah dua kali RayRay jatuh sakit. Persekitaran baru salah satu puncanya. Bukan manusia je boleh stress, kucing pun mengalami stress juga tau! Banyak faktor yang boleh mendatangkan stress pada kucing. Antaranya ialah kehadiran tetamu yang dianggap ‘makhluk asing’ pada kucing, bertukar tempat baru, kehadiran kucing asing dan lawatan ke pusat veterinar

Kucing yang mengalami stress boleh jatuh sakit jika keadaan itu berlarutan dan kucing tidak dapat ‘adapt’ dengan persekitaran baru dalam jangkamasa yang lama. Ala-ala tak boleh terima kenyataan la tu. Hehe..  Seminggu lepas raya waktu kami pulang ke rumah, saya perasan mata RayRay kecik sebelah. Mula-mula ingatkan biasa je. Saya fikir RayRay kurang minum air akibat cuaca panas. Saya cuma beri dia minum guna syringe (suntikan) untuk pagi dan petang. Sambil bagi minum saya bacakan Surah Al-Fatihah sebab menurut pengetahuan saya Surah Al-Fatihah mampu menyembuhkan penyakit. Doa lah dalam hati mudah-mudahan si bulus ni cepat sembuh. 

Selain tu , saya lap mata RayRay guna kain bersih yang dibasahkan sekerap yang mungkin. Kalau tak bila tahi mata dah mengeras lagi susah nak tanggal. Menjerit kang si bulus tu. Saya mula buat carian google tentang kucing sakit mata. Info yang saya dapat semuanya lebih kurang sama. Ada yang sarankan gunakan Eye Mo dan Teramcyn tapi saya tak berani cuba sendiri sebelum rujuk dengan pakar veterinar sebab tak pernah bagi RayRay ubat manusia. Atas nasihat Che Da, saya bawa RayRay ke veterinar sebab takut keadaan matanya bertambah teruk. Kesian sangat bila RayRay sakit. Moody manjang, nak sentuh kemain marah. Makan pun tak nak. Saya bawa RayRay ke Pet Veterinary Centre yang terletak di No. 96, Jalan Permas 10, Bandar Baru Permas Jaya, Johor. Itupun hasil carian google sebab saya tak berapa familiar dengan klinik veterinar di JB ni. 


Mata RayRay yang terkena Chlamydia.



Image Google : Mata boleh membengkak dan menyebabkan mata tersembul keluar.

Doktor sahkan RayRay terkena jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Chlamydia. Puncanya adalah faktor persekitaran. Menurut doktor, jika dibiarkan boleh berjangkit pada kedua-dua belah mata dan lebih teruk mata boleh tersembul keluar atau pecah. Haisshhh… minta dijauhkan. Lepas ni kena lebih rajin kemas rumah sebab RayRay ni memang suka sangat menyorok kat celah-celah tempat. Doktor bagi 3 jenis ubat iaitu eye drops, antibiotik dan ubat bengkak (Tolfedine 6mg) selain nasihatkan beri RayRay air yang secukupnya. Kos untuk 3 jenis ubat tu RM35 termasuk consultation. Alhamdulillah esoknya mata RayRay mula tunjukkan perubahan positif dan pulih sepenuhnya dalam tempoh 3 hari. 


Ubat Bengkak (Tolfedine 6mg)


Antibiotik (perlu dihabiskan).



Eye Drop : Titiskan 2x sehari pagi dan petang.

Satu lagi tips yang saya belajar.. walaupun kucing dah pulih, antibiotik tetap kena habiskan untuk mengelakkan penyakit tersebut menyerang semula dan sistem imun si bulus jadi lemah. Baik cegah sebelum terlambat. 

Sekarang bila tengok bekas air dia tak luak, cepat-cepat saya bagi minum guna syringe. Saya kena extra 'pantau' tentang minuman RayRay sebab dia memang agak malas minum air. Air kegemaran RayRay ialah air mineral. Hamboi, hover kan… Takpe lah, yang penting dia sihat saya lega dan happy.


Saya dah sihat! Besar tak mata saya? :)

Ok, sekian entry untuk kali ni. Harap boleh dijadikan sebagai panduan untuk pencinta bulus jika mengalami masalah yang sama. Till we meet again ;)



Info Klinik

PET VETERINARY CENTRE
No. 96, Jalan Permas 10
Bandar Baru Permas Jaya
81750 Permas, Johor.
Tel : 07-3868951
Fax : 07-3863445

Doktor Bertugas : Dr. Norazry Zakaria 

Waktu Rawatan : 11.00 pagi hingga 8.30 malam

Waktu Rehat : 1.00 t/hari hingga 2.30 petang
          6.00 petang hingga 7.30 malam

Waktu Operasi : Sabtu hingga Jumaat
(Tutup pada Jumaat dan Cuti Am

Tuesday, July 14, 2015

Benarkah Biji Lada Punca Radang Apendiks?

Gambarajah (a) Apendiks normal; manakala   (b) Radang apendiks

Apendiks juga dikenali sebagai usus buntu kerana apendiks berada di persimpangan antara usus kecil dan usus besar. Senang cerita apendiks ialah satu tiub yang tidak mempunyai saluran keluar. Makanan yang di hadam mudah termasuk ke dalam saluran ini dan tiada jalan keluar menyebabkan saluran ini tersumbat mengakibatkan pembiakan bakteria dan boleh bernanah lalu terjadinya radang apendiks.  

Kita biasa dengar orang tua-tua cakap jangan makan biji buah-buahan contohnya tembikai, jambu atau biji lada, nanti apendiks sebab takut biji tersebut tak hancur dalam perut. Hakikatnya ia hanyalah berkemungkinan dan peratusannya sangat kecil atau tiada langsung untuk dijadikan punca apendiks. So, siapa yang dah termakan tu harap jangan panik. Hehehe..

Radang apendiks berlaku disebabkan mukus (lendir) yang terlalu tebal atau serpihan najis yang keras termasuk ke dalam salur apendiks. Keadaan ini menyebabkan terjadinya pengumpulan bakteria sehingga bernanah dan boleh pecah jika tidak dirawat dengan segera serta boleh mengancam nyawa.

Apendiks boleh dirawat melalui pembedahan dengan membuang apendiks. Kebiasaannya pembedahan mengambil masa antara 20 minit hingga 1 jam. Jenis pembedahan pula bergantung pada tahap keseriusan radang apendiks. Jika mendapat rawatan di peringkat awal, pembedahan laparoskopik (kaedah lubang kunci) sahaja tetapi jika radang apendiks serius, pembedahan secara terbuka terpaksa dilakukan.

Contoh apendiks yang telah dibuang melalui pembedahan

Gejala dan simptom apendiks

  • Sakit perut dan di sekeliling pusat
  • Demam kuat
  • Sembelit
  • Loya @ muntah
  • Cirit-birit
  • Kembung perut


Supplemen untuk SET APENDIKS yang dicadangkan
  • Herb-Lax untuk membersihkan usus
  • Vita-C Plus untuk meningkan imunisasi
  • Zinc Complex untuk mengeringkan luka dalaman selepas pembedahan
  • Ostematrix untuk mengelakkan kekejangan




Sunday, July 12, 2015

Performance Drink Air Elektrolit Terbaik


Performance Drink dihasilkan oleh saintis Shaklee pada tahun 1980an. Hasil kerjasama dengan University Yale untuk projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Melalui perkasaan produk Performance ini, projek penerbangan Daedalus telah mencatat sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan masih kekal hingga hari ini.
Performance Drink juga telah direka khusus untuk para angkasawa NASA, Amerika Syarikat.Ramai juga atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka telah memilih Performance Drink sebagai minuman tenaga mereka. Ini kerana berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat yang berbeza.
Keunikan Performance Drink
Elektrolit + Mineral

Khasiat Performance Drink :

Performance Drink sesuai untuk :


- Atlet
- Mereka yang berpuasa
- Sebelum dan selepas pembedahan
- Tidur lewat malam
- Keletihan
- Tiada selera makan
- Rendah paras gula
- Cirit-birit


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com
ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Thursday, July 9, 2015

5 Tips Rumah Terbuka Untuk Tuan Rumah

Pejam celik pejam celik dah tiba kita ke penghujung Ramadhan, tak lama lagi Aidilfitri akan tiba. Pada waktu itu mesti ramai yang mengadakan rumah terbuka untuk meraikan dan berjumpa dengan saudara mara dan sahabat handai kan. Apa-apa pun biarlah bersederhana dalam segala hal untuk mengelakkan pembaziran. Saya kongsikan tips saya ketika mengadakan rumah terbuka yang boleh dipraktikkan, semoga bermanfaat untuk anda di Aidilfitri nanti. 

1. Rancang Menu Makanan 

Pada kebiasaaannya, menu rumah terbuka ni kata orang putih ‘very cliche’ sebab rata-ratanya menghidangkan rendang, lontong, kuah kacang yang berlemak dan berminyak. Tapi kalau taka da hidangan ini tak rasa macam rumah terbuka hari raya pula kan. Apakata pelbagaikan menu anda dan seimbangkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jangan terkejut kalau saya kata saya menyediakan salad untuk rumah terbuka saya untuk dimakan dengan sate berbanding hanya timun. Salad tahu, telur dan tomato juga lazimnya mendapat tempat dikalangan rakan-rakan untuk dimakan bersama kuah kacang. 

2. Waktu Jamuan

Waktu majlis diadakan juga menjadi faktor penentu menu anda. Saya sendiri gemar buat rumah terbuka waktu petang hingga ke malam. Selain menu yang disediakan lebih ringkas, saya juga mempunyai lebih masa untuk memasak dan menyediakan hidangan untuk para tetamu. 

3. Kebersihan 

Bila-bila masa kita ‘dealing with’ makanan ni, kebersihan kena tip top. Tak kan la nak hidangkan pada tetamu makanan yang tak bersih kan. Silap-silap tetamu sakit, kita kena saman, dapat nama buruk lagi. Makan kat rumah si polan si polan tu aku sakit perut. Tak ke naya?? Jadi, pastikan tahap kebersihan dijaga sepanjang masa ya. 

4.Hidangan berperingkat

Ini memang pesan ibu saya dari dulu. Ini juga cara beliau yang saya praktikkan sampai sekarang. “Catu” makanan anda. Hihi.. Catu dalam erti kata lain ialah menghidangkan secara berperingkat makanan anda. Contoh saya kalau buat soto, laksa dan roti jala. Saya akan hidangkan soto sebagai “main course” laksa saya hidangkan separuh begitu juga dengan roti jala. Selaian dapat mengawal kuantiti makanan agar semua tetamu dapat merasa, saya juga dapat mengelakkan pembaziran daripada berlaku. 

5.Don’t Overdo 

Saya faham bila mengadakan majlis kita akan ‘tempted’ untuk ‘overdo”. Semua pun kita nak. Menu nak banyak, tetamu jemputan nak ramaitapi last-last kita yang flat. Kalau rasa kita tidak mampu untuk menyediakan hidangan sendiri, perkhidmatan catering boleh dipertimbangkan. Tapi saya lebih suka untuk menjamu tetamu yang datangd engan air tangan saya sendiri. Kalau saya buat soto dan laksa, roti jala dan kuih muih saya tempah. Ikut kemampuan kewangan dan diri. 

Lazimnya kalau bulan Ramadhan kita turun berat badan, di bulan raya pula sinonim dengan naik berat badan. Mungkin sebab sibuk memenuhi undangan rumah terbuka. Apakata cegah kenaikan berat badan dan singkirkan minyak-minyak dan lemak-lemak dalam badan dengan pengambilan Lecithin Shaklee. Ianya sangat bagus untuk menyekat minnyak dan lemak dari bercampur dengan darah, dengan itu ianya lebih mudah disingkirkan keluar dari badan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang lecithin Shaklee boleh refer di sini

Sekian dulu coretan kali ini. See you in the next entry




CarotoMax membantu rabun malam

Pernah dengar tentang rabun ayam? Rabun malam juga digelar sebagai rabun ayam iaitu daya penglihatan menjadi kabur dan langsung tidak nampak bermulanya pada waktu senja. Untuk mereka yang mengalami rabun jenis ini, solusi terbaik adalah dengan mengamalkan CarotoMax Shaklee. Selain itu juga, CarotoMax dapat mempertingkatkan penglihatan dan pelbagai masalah mata seperti katarak, glaucoma, mata kering, mata lesu dan mata panda (gegelung hitam di mata).

CarotoMax mengandungi 6 variasi karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran serta buah-buahan yang kaya dengan anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit yang menjadikannya sebagai agen menentang kanser terutamanya kanser payudara dan kanser paru-paru. Selain itu, CarotoMax juga sangat baik untuk mereka yang menderita sakit kulit seperti Psoriasis, kulit kering, radang kulit, jerawat dan acne.



Cadangan pemakanan : 1 biji 2 kali sehari di ambil selepas makan. 


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com
ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Atasi perut buncit dengan Herb-Lax Shaklee

Untuk anda yang mengalami masalah perut buncit dan sembelit, Herb-Lax ada jalan penyelesaiannya. Herb-Lax terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaces, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

9 Jenis herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax


Manfaat dan kebaikan Herb-Lax Shaklee 




Cara pemakanan : 2 kali seminggu – 4 biji setiap kali sebelum tidur.



PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


Perbezaan B-Complex Shaklee

Lambakan supplemen di pasaran memang mengelirukan pengguna. Salah satunya B-Complex. Mengapa B-Complex Shaklee? B-Complex Shaklee bukan bersifat sintetik. Kebanyakan supplemen yang berada di pasaran bersifat sintetik. Sintetik bermaksud sumber yang didapati adalah dari sumber tiruan seperti perisa tiruan, perasa tiruan, pewarna tiruan ataupun bersifat dadah. Segala supplemen Shaklee adalah bersumberkan dari tumbuhan organik, bebas kimia dan tiada bahan-bahan tiruan digunakan.

Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah asid folik dan 100% biotin untuk keseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B juga larut air jadi ianya lebh mudah tersingkir dari badan.



TIPS MEMILIH VITAMIN B-COMPLEX

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin
  2. 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan B-Complex yang mempunyai rumusan larut air (sustain release)


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Wednesday, July 8, 2015

Tips Persediaan Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Di kampung-kampung, kebiasaannya malam-malam ini dihiasi dengan lampu-lampu pelita yang di pasang di sekeliling rumah. Namun tradisi ini semakin lama beransur hilang. 

Antara tanda-tanda terjadinya malam Lailatul Qadar ialah pada malam berkenaan, suasana akan terasa begitu tenang, pokok-pokok kelihatan bersujud dan pelbagai lagi peristiwa yang menunjukkan kebesaran Ilahi

Pada malam Lailatul Qadar, para malaikat dan malaikat Jibril akan turun ke bumi dan pada 10 malam terakhir Ramadhan dan pada malam ini kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan dan menghidupkan sepertiga malam dengan melakukan amal ibadat seperti memperbanyakkan membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan qiamullail dengan harapan mendapat keredhaan Allah. 

Waktu untuk berqiamullail adalah pada sepertiga malam. Untuk menjayakan qiamullail adalah penting untuk memastikan badan kita cukup fit terutama bagi mereka yang bekerja di siang hari. Teringat waktu saya sekolah dulu, waktu qiamullail memang ramai yang tertidur. Macam-macam ragam dan’ aksi’ tidur boleh disaksikan. Hehehe… Tapi takkan nak buat macam tu waktu bekerja ye tak? Silap haribulan dapat ‘surat cinta’ daripada bos.

Untuk memastikan saya kekal cergas walaupun berjaga pada malam hari (qiamullail) saya akan ambil Set Tenaga Shaklee atau yang terdiri daripada Performance Drink, Energizing Soy Protein (ESP) dan Meal Shakes. Set ini memastikan badan cukup fit untuk melakukan aktiviti tambahan tanpa rasa lesu dan letih



Semoga kita sama-sama berusaha untuk mendapat keredhaan Allah.

Tuesday, July 7, 2015

Resepi Home Made Play Dough

Qiqi, anak syurga saya yang berusia 5 tahun ni agak lambat membaca. Kalau dinilai dari percakapan macam orang dewasa. Lancar tutur kata tapi bila tang membaca agak lambat. Maklumlah duduk dengan atok dan nenek.. Tak ada orang yang nak memantau. Terlebih manja..

Jadi, sebagai inisiatif saya ajak Qiqi join buat 'Home Made Play Dough'. Seronok bukan main si Qiqi mengacau dan menguli. Memang bagus sesekali bagi dia buat aktiviti begini. Ok, saya kongsikan resepi home made play dough yang sangat simple untuk anda cuba. Ini non-cook version. Jadi ia mampu bertahan dalam seminggu hingga 2 minggu berbanding versi dimasak yang mampu tahan lebih lama sehingga sebulan. 

Resepi Home Made Play Dough 
1 cawan air sejuk 
1 cawan garam 
2 sudu besar minyak masak
3 cawan tepung
2 sudu besar tepung jagung 
pewarna secukupnya

Cara-cara : 
1. Dalam mangkuk campurkan pewarna, air dan minyak. 
2.Tambahkan tepung, garam dan tepung jagung dan uli sehingga menjadi doh. 
3. Sedia untuk digunakan. 



Bahan-bahan 
Campurkan pewarna dan minyak macam ini

Done!!!!



Monday, July 6, 2015

Alfalfa Complex Shaklee - Medicago Sativa

Alfalfa Complex merupakan signature kepada produk Shaklee. Diperbuat daripada alfalfa (Medicago Sativa) dan ditanam secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan baja bebas kimia atau baja kompos. Medicago Sativa diberi jolokan sebagai "Raja Segala Tumbuhan" kerana memiliki gred paling tinggi di kalangan alfalfa.

Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dengan akarnya mencapai sehinggai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Di Shaklee, daun alfalfa pula hanya dituai setelah ianya benar-benar matang kerana pada waktu tersebut daun alfalfa sangat kaya dengan klorofil. Ianya dikeringkan secara neutral sehingga menjadi serbuk dan kemudiannya baru dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dikawal ketat oleh Shaklee.

Berdasarkan pembuatan ini memang tidak hairanlah Alfalfa Complex sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran. Patutlah alfalfa terbaik dalam tugasnya sebagai ejen detoks dan telah terbukti dapat memulihkan pesakit kanser tahap 4


16 Khasiat Alfalfa Complex






PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


Sunday, July 5, 2015

Fakta Menarik Tentang ESP Shaklee

Saya ada beberapa entry tentang Energizing Soy Protein atau ESP sebelum ini. Selain bercerita tentang kebaikan dan khasiat ESP, ada juga entry tentang pelbagai resipi ESP yang boleh anda cuba. :) 

Ok, kenapa ada banyak entry berkaitan ESP? Sebab ESP mempunyai terlalu banyak khasiat yang baik untuk tubuh. Dari rambut beruban, kulit cantik & sihat, hingga lah pada pengurusan berat badan… semua boleh di dapati dari sebotol ESP! Segelas ESP sehari di waktu pagi dah melengkapkan hari saya! ESP ni merupakan salah satu susu soya kegemaran saya. Saya rasa ESP ni penyedap rasa bila ditambah dengan apa jenis jus pun. Yang penting ESP buat saya kenyang!

ESP mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga rendah kandungan Indeks Glisemik (G.I) iaiu 39 sebab tu ESP selamat untuk pesakit diabetes. Karbohidrat dengan tinggi atau rendah Indeks Glisemik penting untuk menentukan impak paras gula dalam darah. Kalau G.I tinggi, karbohidrat akan memecah dengan cepat. Jika kandungan G.I rendah, karbohidrat akan pecah perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Jadi proses ini akan memastikan paras gula dalam darah pada tahap yang rendah dan ini membantu dalam proses pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan.

Ingat lagi tak tentang manfaat dan kebaikan ESP dalam entry saya sebelum ni? Jom review balik!


Saya tak tahulah sejak bila tapi yang saya perasan sekarang saya hampir tiada migrain, insomnia dan kulit saya lebih moist dari dulu. 


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


Nutriferon Lebih Baik Dari Panadol dan Pain Killer

Interferon telah ditemui oleh Dr. Yashuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi  di dunia (Nutriferon). Penemuannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga Safflower, Biji Plantago dan Honeysuckle Jepun mampu mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hydrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dan lain-lain. 

Nutriferon merupakan Formula Eksklusif dan di Paten oleh Shaklee dan hanya boleh didapati melalui Shaklee sahaja.

Manfaat Nutriferon



Tahukah anda mengambil Nutriferon adalah jauh lebih baik daripada Panadol dan ubat tahan sakit (Pain Killer) yang mempunyai kesan sampingan pada jangka waktu panjang? Jadi apa kata mulai sekarang bila rasa badan mula rasa tak sihat atau rasa nak sakit je terus ambil Nutriferon.


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."