Tuesday, April 14, 2015

PERKARA YANG PERLU DIBUAT BILA DILANDA MASALAH.



Lately ni banyak betul perkara yang terjadi kat kitorang. Macam kelakar pun ada, macam bengang pun ada. Macam-macam ada la. Ko hado? Hahaha… 

Tapi apa pun yang terjadi, itu semua ketentuan Allah. Baik atau buruk, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Sesuai dengan firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 286Allah tidak akan membebani hambanya itu melainkan sesuai dengan kemampuannya”.




Sebenarnya walau pahit cemana pun ujian tu… pengalaman tu lah yang jadi suweeeettt bila semua perkara dapat di atasi dan bila kita berjaya nanti. Setiap kali ditimpa ujian, kena fikir positif. Maka positif la yang akan datang kat korang. Bila asyik cakap “aku tak boleh buat ni”… “aku tak mampu atasi ni”…” aku frust”.. “aku rasa memang tak boleh ni, takde jalan lain dah ni”… dan sebagainya jadilah ayat-ayat ni umpama zikir dan doa untuk diri sendiri. Bila dah hari-hari dok sebut, dok zikir, dok doa lagu tu… memang tu lah tu lah yang kita dapat, tu lah yang Allah beri. 

Jadi, lepas ni tukarkan jadi ayat-ayat positif plak tau! Bak kata omputih “life is too short to worry about stupid things. Have fun.” Saya percaya walau apa pun masalah yang menimpa pasti ada jalan penyelesaian melainkan mati. Cakap memang senang kan.. Orang tak rasa, senang lah cakap. Tapi, kita cuba la ye amalkan fikir yang positif-positif je.. Yang baik-baik je.. Selain tu banyak-banyak berdoa, istighfar dan ingat Allah. InshaAllah ada jalan. Sekian tazkirah untuk hari ini.. Hehehe… Harap-harap korang sume have fun dan dipermudahkan segala kesulitan. Amiiinnn… :)



~ Posted by Che Yu ~

Wednesday, April 8, 2015

Memilih untuk menunggang motorsikal atau pandu kereta?

Naik bersarang dah blog ni lama saya tak menulis… Fuhhh.. Fuhhh… Tiup habuk dulu.. Hehehe…

Kisah kali ni pasal rider. Kalau duduk kat bandar macam KL ni memang ramai yang pilih untuk tunggang motosiklal daripada pandu kereta. Nak-nak yang bekerja dari jam 8 hingga jam 5. Tak dinafikan naik kereta memang lah syok.. Tak kena hujan, tak kena panas, sambil drive dengar lagu, sempat beroti dan berkopi sambil memandu, pendek kata bau wangi lepas mandi dan semburan perfume yang semerbak masih kekal melekat sampai dalam lift nanti. Motor hado? 

Tapi yang tak best nya bila naik kereta kat bandar ni bila time nak pergi kerja dan balik kerja malah kebanyakkan masa rasanya jemmmmmm sesaja. Bila hujan tu memanglah setitis hujan pun tak sentuh badan, tapi better la naik moto walau kuyup dan gigil bak burung tukang, sempat sampai di rumah jam 6. Daripada naik kereta pulangnya jam 5 sampainya jam 9 gara-gara tersangkut dalam ‘keselesaan’ yang fana. Kalau banjir lagi la, amekaw! Esoknya pula mata si pemandu perlu dikuak seawal pagi dan berkejar-kejaran lagi agar punch card tidak tercalit dakwat merah atau tidak dilempar pandangan tajam dari kakak sumber manusia atau brother Managing Director. Ehem..ehem.. tangki kereta apa cerita? Semestinya sehari berliter-liter. Petrol bukan murah lagi brader ya. 

Setelah ditimbang tara, saya lupakanlah niat untuk pandu kereta unless terpaksa. Motor biasa RM6 petrol ikut harga semasa tahanlah dari Isnin hingga Selasa. Takde tol, kurang stress tapi kena juga jaga-jaga.. kadang-kadang pemandu tukar lorong ikut suka dia. 

Kesimpulannya, baik motor atau kereta ada pro dan cons nya.. Yang penting bila berada di jalanraya sama-sama lah bertoleransi. Saya beruntung sebab dapat merasa kedua-dua situasi maka saya dapat memahami si penunggang dan si pemandu. Yang penting semua selamat sampai ke destinasi… Ok, semua? Korang memang cool! :)

Jadi, menunggang motorsikal atau memandu kereta... Yang mana pilihan korang? Haha..

~ Posted by Che Yu ~