Friday, May 29, 2015

Cegah Obesiti Dengan Set Kurus Shaklee



Menurut sumber National Health Morbidity Survey yang dijalankan pada tahun 2011, dianggarkan 2.6 juta orang di Malaysia mengalami obesiti sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Angka ini dijangka akan meningkat setiap tahun. Jika diperhatikan, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Ini kerana gaya hidup yang sibuk dan ringkas membuatkan ramai orang semakin melupakan tabiat pemakanan yang sihat. Makan apa saja yang ringkas asalkan ia mudah, cepat dan mengenyangkan. Ini terbukti dengan bilangan pusat-pusat makanan segera yang wujud bagai cendawan tumbuh lepas hujan.

Obesiti atau peningkatan berat badan merupakan pintu utama bagi penyakit-penyakit lain. Risiko diabetes, kegagalan buah pinggang, sakit jantung, strok dan pelbagai komplikasi lain semakin tinggi jika seseorang itu mengalami obesiti. Gemuk itu ohsem tapi jika pergerakan semakin sukar adakah itu dikira ohsem? 


Jangan pernah sempitkan minda dengan cara nak kurus cepat. Fikir dengan bijak dan waras kerana untuk dapatkan apa sekalipun cara pantas sering mengundang masalah di kemudian hari. Biar lambat asal selamat dan yang penting selamat.

Set Kurus Shaklee menjanjikan kesan yang efektif dan selamat malah kajian terbukti seseorang yang mengambil secara berterusan dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka.


Alfalfa Complex

Berfungsi untuk detoksifikasi, menyingkirkan lemak dan mengurangkan kolestrol. Kandungan saponin yang bertindak seperti span yang menyerap kolestrol hanya terdapat dalam Alfalfa.

Omega Guard

Berfungsi untuk merendahkan kolestrol, menghindar kolestrol LDL dan mencegah obesiti.

Herb-Lax

Bertindak sebagai pencuci usus dengan membersihkan najis yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh kita serta berfungsi untuk mengempiskan perut.

Energizing Soy Protein (ESP)

Minuman berprotein tinggi ini dapat membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun. ESP mempunyai kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah dan penting untuk pengurangan berat badan dengan mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sekaligus sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

Cinch Shake Mix

Kaya dengan protein dan rendah kandungan Indeks Glisemik. Tinggi kandungan serat dan dijana oleh Leucine yang bertujuan untuk memelihara otot semasa proses penurunan badan supaya kulit tidak menggeleber dan membakar lemak. Terdapat dalam 3 perasa iaitu vanilla, coklat dan latte.

Cinch Energy Tea Mix

Bertindak sebagai penggalak tenaga semulajadi dan meningkatkan ketahanan badan. Teh ini juga merupakan pilihan alternatif terbaik menggantikan kopi dan soda.

KEEP MUSCLE YOU HAVE, BURN FAT YOU DON’T NEED AND LOSE INCHES YOU DON’T WANT

Pada kebanyakan diet, anda akan kehilangan lemak dan otot. Apabila kehilangan otot, anda akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisma. Jadi apabila anda berhenti diet, berat badan akan bertambah berat. Set Kurus Shaklee menghalang daripada berlakunya kesan yo-yo ini. Fahami juga tentang mitos diet yang mungkin ramai tak perasan.



PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com
ID : 949189 / 1029832


Berminat untuk dapatkan set ini? Hubungi kami dan kami hantar pada anda. Penghantaran COD untuk kawasan Seri Kembangan, Bukit Jalil, Puncak Jalil, Pantai Dalam, Kerinchi, Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya. Untuk luar kawasan ini, kami akan pos.



"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Bow Tie Pasta With Sun Dried Tomato

Comelkan pasta reben-reben saya ini?? Pasta salah satu makanan yang mudah dan pantas untuk disediakan. Macam-macam gaya masakan yang boleh disediakan. Antaranya Bolognese, carbonara dan alfredo. Tidak ketinggalan pasta yang digoreng biasa seperti pasta goreng tom yam dan aglio olio. Hari ini saya kongsikan resepi pasta menggunakan sun dried tomato. 

Sun dried tomato sebenarnya adalah tomato yang dijemur dan dikeringkan. Lazimnya tomato red plum digunakan untuk tujuan tersebut. Sun dried tomato juga kaya dengan lycopene (carotene yang biasanya terdapat dalam lobak dan tembikai) , antioksidan dan vitamin C. Sun dried tomato boleh dibeli di pasar raya sama ada dalam bentuk kering atau direndam dalam minyak.


Sun dried tomato in olive oil
Sun dried tomato biasa
Rasanya yang lebih masam berbanding tomato biasa memberi rasa yang berbeza pada pasta ini. Berikut adalah resepinya : -

Bow Tie Pasta dengan Sun Dried Tomato
Hidangan : 1-2 orang

Bahan-bahan :
½ cawan  pasta (saya gunakan bow tie pasta)
1 ulas bawang putih
¼ cawan sun dried tomato (saya gunakan yang di dalam olive oil)
Sedikit parmesan cheese (terpulang, tapi jangan terlalu banyak nanti masin)
1 batang sosej
½ sudu teh cili flakes
 Sedikit lada hitam

Cara-cara :
1. Rebuskan pasta sehingga al-dente (7-8 minit mengikut arahan pada pakej)
2. Gorengkan sosej sehingga masak dan ketepikan.
3. Dalam food prosesor atau blender, kisarkan sun dried tomato dan bawang putih serta parmesan cheese.
4. Gaulkan bahan kisar bersama pasta yang telah direbus dan sosej yang telah digoreng. Masukkan cili flakes dan lada hitam.
 5. Taburkan daun sup dan ceri tomato.


Tadaaaaa........... 



Tuesday, May 26, 2015

Sebab Roger Barnett Membeli Shaklee.



Roger Barnett merupakan pengerusi dan CEO Shaklee bermula pada tahun 2004. Beliau berasal daripada keluarga usahawan terkenal di Amerika Syarikat yang memiliki Burbery, Beauty.com, Activated Holdings LLC dan banyak lagi.  Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda daripada Yale College dan MBA daripada Harvard Business School.

Kisah bermula apabila Spencer anak lelaki pertama pasangan Roger Barnett & Sloan Barnett yang ketika itu berusia 3 tahun setengah diserang batuk teruk yang berpanjangan dan terpaksa dikejarkan ke ICU.  Ketika di hospital, doktor mengesahkan beliau mengalami masalah respirasi yang berkemungkinan membawa kepada asthma. Takut kehilangan insan tersayang membuatkan mereka mula mengkaji punca untuk mengelakkan keadaan daripada bertambah buruk. Setelah mendapati bahan pencuci yang selama ini mereka gunakan meninggalkan kesan-kesan toksik berbahaya, mereka mula beralih kepada bahan yang lebih mesra alam. Hingga akhirnya Roger Barnett menemui bahan pencuci Shaklee iaitu Basic H2 Organic yang terdapat dalam Rangakaian Shaklee Get Clean Set untuk semua kerja-kerja pembersihan di rumah mereka. Kesihatan Spenser semakin baik dan kini tidak perlu berulang alik ke hospital lagi. Akibat daripada Shaklee Effect ini, beliau akhirnya jatuh hati dengan produk Shaklee dan membuat keputusan untuk membeli Shaklee daripada Yamanouchi Pharmaceutical Company dengan harga USD 310 juta pada tahun 2004. 

Temubual Oprah Winfrey bersama pasangan Barnett.

Hingga kini empayar Shaklee diterajui oleh beliau dan beliau giat melakukan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan kesedaran orang ramai bagaimana pentingnya kehidupan semulajadi dan alam sekitar mampu meningkatkan tahap kesihatan terhadap manusia sejagat.

Ibu Pejabat Shaklee yang bertempat di Pleasanton, California juga dilengkapi ciri-ciri mesra alam. Ianya bukan sekadar pusat operasi malah ia adalah lambang simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee – “Kehidupan yang Harmoni Bersama Alam Semulajadi”. Segala peralatan yang berada dalam bangunan ini adalah dari sumber semulajadi dan kitar semula.


Dengan rekabentuknya yang moden serta maju, anda dapat melihat langit, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau dan kehijauan tanah lapang tidak kira di mana posisi anda berada dalam bangunan ini. Malah landskap di sini juga terdiri daripada tanaman botanic yang terdapat dalam produk-produk Shaklee yang dijaga dengan rapi.

Shaklee juga telah melaburkan USD 300 juta untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Dengan 70 kajian klinikal bercetak dan mempunyai 60 orang saintis Shaklee. Ini yang membuatkan produk Shaklee mampu bertahan lebih 50 tahun dengan track record yang cemerlang dan terbukti berkesan. 

Banyak syarikat mendakwa yang produk mereka berkesan. Tetapi di Shaklee, mereka mempunyai bukti. Ini terbukti melalui satu Kajian Unggul pada tahun 2007 yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik dari U.C Berkeley School of Public Health menunjukkan orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin lain kerana Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. 

Monday, May 25, 2015

Siapa Dr. Forest C. Shaklee.

Dr. Forest C. Shaklee (1894 - 1985)

Anda kenal Dr. Forest C. Shaklee? Pengasas empayar yang kini dianggarkan bernilai USD 650 million? 

Dr Forest C. Shaklee dilahirkan pada tahun 1894 di Carlisle, Iowa dan telah didiagnos menghidap penyakit Tuberkulosis (TB) dengan doktor menjangkakan beliau hanya dapat bertahan selama 8 tahun sahaja. Pada kurun ke-19, penyakit tibi hampir memusnahkan seluruh Eropah dan Amerika. Disebabkan penyakit ini, Dr. Forest C. Shaklee telah dibawa oleh ibubapanya untuk menjalani kehidupan secara alami dan berikhtiar untuk menggunakan tumbuh-tumbuhan dan kehidupan semulajadi sebagai rawatan alternatif. Ajaibnya, penyakit yang dihidapi mula beransur pulih shinggalah beliau disahkan bebas dari penyakit tersebut. 

Sejak itu, Dr. Forest C. Shaklee mula mengkaji dan membuat penyelidikan serta berazam untuk membantu lebih ramai orang dengan rawatan secara 'natural basis' berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Hasil kajian, maka terhasil lah multivitamin nombor 1 dunia yang dikenali sebagai 'Vitalized Minerals' atau Vitalea pada tahun 1915.


Dengan niat untuk memberi lebih kesedaran dan menyebarkan tentang kepentingan nutrisi dengan menekankan konsep 'semulajadi' dan 'mesra alam', beliau bersama 2 anaknya menubuhkan Shaklee Corporation di Oakland, California pada tahun 1956. Beliau juga telah memilih konsep Multi Level Marketing (MLM) yang pertama di dunia untuk memasarkan produk yang dihasilkan bagi berkongsi kebaikan dengan orang ramai dengan mewujudkan 'win-win situation' dengan pengedar-pengedar Shaklee yang bertanggungjawab memperkenal dan melebarkan empayar Shaklee sehingga ke hari ini. 

"The more you share with others, The more valuable your share will become.." Dr. Forest C. Shaklee

Dr. Forest C.Shaklee telah memilih untuk mendalami bidang Chiropratic di Palmer School of Chiropractic. Bila ada yang bertanya mengapa beliau memilih bidang ini dan bukan bidang kedoktoran. Ini jawapan beliau : - 

"I never belittle the medical profession but we are into separate field of endeavor. They are trained to treat disease and I am interested in building health."

Beliau percaya nutrisi yang baik, persekitaran yang sihat dan juga senaman berkait rapat dengan kesihatan. 

Kini, Shaklee terus membangun dengan pesat dan megah berdasarkan kualiti produknya dengan beberapa rangkaian operasi di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, Taiwan, China serta Indonesia dan beribu pejabat di Pleasanton, California yang diterajui oleh Roger Barnett sebagai Pengerusi dan CEO.


Sunday, May 24, 2015

Resepi Sup Tulang Simple

Anda penggemar sup? Kalau macam tu kita geng la... Saya penggemar sup. Tambah lagi sup buatan sendiri, tiada perasa. Hari ini saya kongsikan resepi sup tulang ala siam tumis darat untuk semua. 

Sup Tulang Simple 

Hidangan : 3-4 

Bahan-bahan : 

Tulang 
5 cawan air 
2 sudu minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah 
1/2 inci halia
1 sup bunjut
2 biji tomato 
1 sudu teh lada hitam 
1 sudu teh serbuk ketumbar
Garam 
Limau

Cara-cara : 

1.Rebus tulang sehingga dagingnya empuk. 
2.Dalam periuk lain tumiskan bawang putih, bawang dan halia sehingga harum dan garing.
3.Masukkan serbuk ketumbar dan tuangkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk rebusan tulang. (Tumis darat)
4.Perasakan dengan garam dan lada hitam. Masukkan tomato dan perahkan limau. 

Ha, macam mana? Simple kan? Resepi sup ini tidak menggunakan rempah sup. Hanya menggunakan bawang, bawang putih dan halia serta sup bunjut. Jadi sup ini lebih 'light' dan sedap dihirup. Tambah lagi jika diperahkan limau. Bermangkuk-mangkuk la jawabnya. Saya suka tambah daging kalau masak sup tulang. Jadi adalah isi juga. 
Seronoknya mengesup.. hihi.. 







~Posted by Che da~

7 Sebab Untuk Wanita Hilangkan Rasa Bersalah Pada Coklat.


Coklat merupakan antara salah satu makanan paling digemari di dunia di mana ianya mempunyai penggemarnya yang tersendiri terutamanya wanita. Hampir kebanyakan dari kita menggemari coklat. Coklat juga merupakan lambang kasih sayang bagi kebanyakan pasangan bercinta. Namun begitu sesetengah mitos juga menganggap coklat merupakan musuh utama perosak diet. 

Tahukah anda coklat sebenarnya mempunyai khasiat yang baik pada golongan wanita? Berikut merupakan 7 sebab wanita tak perlu rasa bersalah pada coklat :

1. Dapat mencegah komplikasi semasa hamil

Terdapat kajian yang menunjukkan wanita yang memakan coklat semasa hamil dapat mengurangkan risiko komplikasi tekanan darah tinggi yang dipanggil pra-eklampsia sebanyak 70 peratus. Sebatian 'theobromine' dalam kandungan coklat berfungsi untuk mencegah komplikasi semasa mengandung.]

2. Meningkatkan daya tumpuan atau konsentrasi

Memakan coklat akan meningkatkan pengaliran darah ke otak sekaligus memberi oksigen yang cukup kepada otak. Ini akan menyebabkan tahap tumpuan meningkat.



3. Mencegah penyakit jantung

Pengambilan coklat akan menurunkan kegiatan enzim dalam badan yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Pilih jenis dark chocolate kerana ianya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Menurunkan paras kolesterol dalam darah

Coklat menyebabkan paras kolesterol dalam pembuluh darah berkurang sekaligus menghalang kolesterol tersumbat dalam pembuluh darah yang mengakibatkan risiko diserang sakit jantung dan otak.

5. Rahsia awet muda

Berdasarkan kajian, coklat mampu mengurangkan kedutan pada kulit. Kandungan falvanol dalam coklat dapat menghalang berlakunya penuaan akibat terdedah pada cahaya matahari.

6. Melegakan sakit semasa datang haid

Coklat mampu memberi kelegaan dan mengurangkan rasa sakit semasa datang haid akibat senggugut.




7. Boleh dijadikan lulur

Selain dimakan, coklat juga boleh dijadikan masker muka dan lulur. Lemak coklat sangat berkhasiat untuk melembut, menghalus dan mencerahkan kulit kusam.

Jadi, lepas ni tak perlu lah rasa bersalah untuk makan coklat :)





~ Posted by Che Yu ~

Sunday, May 17, 2015

Senangnya ada Dobi DIY.

Biasanya saya akan menggunakan khidmat DIY Dobi atau Dobi Layan Diri ni bila rumah takde air ataupun balik dari outstation macam balik kampung. Time ni memang banyak la baju nak basuh jadi tak kuasa nak basuh, hantar je la ke DIY Dobi ni. Senang sebab siap pengering skali. Jadi tak payah buang masa nak sidai-sidai tu semua. Cuci, keringkan dan lipat. Semua boleh siap dalam masa kurang dari 1 jam. Senangkan? Memang praktikal untuk keluarga besar.

DIY dobi ni memang murah dan berbaloi kalau pakaian kita tu banyak. Kalau setakat pakaian sebakul pun tak penuh memang rugi la. Kat sini kalau nak cuci toto, selimut, tuala dan garment yang tebal-tebal tu memang sangat ok. Kat KL DIY Dobi ni dah macam cendawan tumbuh. Sana-sini ada. Macam-macam nama ada antaranya CleanPro Express, Laundry Bar, Mr. Bean dan Papa Dobi. Che Yu paling suka pergi kat CleanPro Express sebab mesra pengguna. Kat area rumah Che Yu di Bukit Jalil je rasanya ada lebih dari 5 buah kedai DIY Dobi ni. 

DIY Dobi ni ada yang pakej termasuk sekali dengan sabun dan softener, ada yang kena beli sendiri di vending machine yang disediakan. Kalau yang vending machine tu biasanya harga sabun dan softener RM1 setiap satu. Terpulang la pada customer suka yang mana. Che Yu suka yang vending machine sebab bau dia wannggiiiii sangat. Hehehe.. Kalau nak bawa sendiri sabun dan softener tu pun boleh je…

Dari segi muatan pula, yang paling kecil 9kg dan paling besar Che Yu jumpa 28kg! Harga untuk setiap DIY Dobi ni rasanya lebih kurang sama. Che Yu pun tak berapa ingat. Yang paling terbaru Che Yu pergi di Pantai Dalam tu nama kedainya Laundry Bar. Harganya RM7 untuk muatan 14kg dan RM4 untuk pengering. Setiap kedai berbeza dari segi bayaran. Ada yang kena tukar token dan ada yang guna syiling 50 sen baru.


Step by step cara-cara menggunakan DIY Dobi.. Semudah 1,2,3... :)


Harga & vending machine untuk tukar token... Semuanya di pantau oleh CCTV tau!


Deretan mesin basuh di Laundry Bar.. (sila abaikan watak-watak di belakang tu..hehehe..)


Deretan mesin pengering di Laundry Bar serta info-info tentang pemilihan suhu pengering yang betul..

Semuanya 100% dikendalikan oleh anda sendiri. Pelanggan hanya di pantau melalui camera CCTV. Jika terdapat sebarang masalah berkenaan mesin dan sebagainya, call je service centre yang nombornya tertera di kedai dobi masing-masing.

Kesimpulannya, Dobi DIY another solution untuk warga kota yang sentiasa sibuk dan sesuai sangat untuk warga KL yang tak habis-habis dengan masalah air. Peace Yo!



~ Posted by Che Yu ~

Wednesday, May 13, 2015

Public Transport LRT & Komuter.

Public transport??? Dulu tak pernah ambil tau pun pasal public transport terutamanya laluan bas dan train ni semua. Tak pernah terfikir pun nak naik sebab ada transport sendiri. Sampai lah satu hari tu kereta tak boleh gerak baru ternganga-nganga dok cari maklumat pasal train & bas. Hehe.. 

Sejak dua menjak ni memang kerap la guna public transport terutamanya train. Jadi tau lah serba sedikit info berkenaan laluan train dan tempat nak transit ni. Dulu dengar nama train yang macam-macam tu pun dah confuse. Sekarang reti la sket nak bezakan STAR LRT, komuter & monorail. Jakun betul… hehehe.. Yang kelakar rupa-rupanya ramai juga yang macam Che Yu ni. Hehehe… 

Untuk yang baru dan tak berapa tau pasal train ni, Che Yu kongsikan pengalaman Che Yu sendiri dari Bukit Jalil – Bandar Tasek Selatan - Masjid Jamek – Jalan TAR – KL Sentral – Pantai Dalam – Port Klang. Jadual dan lokasi transit adalah berdasarkan perjalanan yang di ambil oleh Che Yu sendiri. Kot ada yang tau cara yang lebih shortcut tu boleh lah kongsikan kat sini untuk info pada kawan-kawan yang lain ya.. :)


Laluan KTM Komuter...

Laluan Train LRT (Aliran Ampang dan Aliran Kelana Jaya)..

Train Bukit Jalil – KL Sentral – Port Klang

Naik STAR LRT dari Bukit Jalil, transit ke Bandar Tasek Selatan (RM0.90) kemudian dari Bandar Tasek Selatan ambil komuter ke Port Klang. Tiket komuter boleh beli untuk destinasi Bandar Tasek Selatan – Port Klang atau Bandar Tasek Selatan – KL Sentral (RM3.00). Kalau beli tiket ke Port Klang terus lebih mudah sebab sampai di KL Sentral nanti tak perlu beratur lagi untuk beli tiket. Tiket tu boleh guna terus pergi ke Port Klang cuma perlu tukar platform je. Setiap platform ada tulis destinasi-destinasi yang akan dilalui. 



Salah satu stesen komuter. Kat screen tu terpapar info tentang waktu komuter dijangka tiba.. 



Pastikan anda berada di platform yang betul untuk ke destinasi yang hendak dituju...

Train Bukit Jalil – Masjid Jamek – Jalan TAR

Hanya naik STAR LRT dari Bukit Jalil terus ke Masjid Jamek (RM1.90).

Bukit Jalil – Masjid Jamek – KLCC

Dari STAR LRT Bukit Jalil transit ke Masjid Jamek (RM1.90) kemudian tukar komuter ke KLCC (RM1.60).

KL Sentral – Mid Valley / Angkasapuri / Pantai Dalam

Dari KL Sentral ambil komuter terus ke mana-mana destinasi tersebut. Tambang untuk ketiga-tiga destinasi ni dari KL Sentral ialah RM1.00.

Rupanya tak susah pun naik public transport ni. Mudah, cepat & selesa. Tak payah susah-susah nak menghadap jem. Komuter juga terdapat Ladies Coach tau! Setiap train terdapat 3 gerabak yang dikhaskan untuk wanita SAHAJA. Kalau tak silap gerabak no. 3 hingga 5. Train pun ber’aircond’, luas dan setiap gerabak terdapat LCD Screen untuk info tentang komuter dan destinasi-destinasi yang akan dituju. Biasanya train akan announce setiap kali sampai di stesen. Pendek kata faciliti yang disediakan memang terbaik, berinformasi & selamat. Tak sesat punya lah!






Pemandangan di dalam Koc Wanita (Ladies Coach)..

Klik sini untuk maklumat lengkap laluan komuter

Semoga perkongsian kali ni dapat memberi sedikit info buat korang.. :)

Sampai jumpa lagi….


~ Posted by Che Yu ~