Tuesday, June 23, 2015

Resepi ESP 04-06

Hari ke enam puasa anda bagaimana? Di Johor Bahru cuaca agak panas. Kalau berbuka tu, makan semua dah tak berapa nak lalu. Air saja yang dicari dulu. Apa-apa pun saya doakan anda semua berada dalam kesihatan yang tip top dan dapat menjalani ibadat puasa dengan baik. Semoga amal ibadat kita semua diterima Allah swt. 
Tiga lagi resepi ESP Shaklee akan saya kongsikan utk anda semua pada entry kali ini. 

Biasa dengar cookies and cream kan? Dan lazimnya ia menggunakan biskut oreo. Tapi untuk resepi cookies and cream top notch ini saya menggunakan biskut tim tam yang bersalut dark chocolate. Tambah dengan ice cream vanilla sedapnya tak terkata. 

#ESP04

ESP Shaklee Cookies and Cream Top Notch 

1 sudu besar ESP Shaklee
2 biskut tim tam 
1 scoop ice cream vanilla 
½ cawan susu segar/susu full cream 
Ais 




Grapefruit atau limau gedang memang tidak asing lagi dalam menu pemakanan sihat. Ianya kaya dengan vitamin c dan dikatakan mampu membantu dalam pengurangan berat badan. Dengan pengambilan limau gedang secara konsistan juga dikatakan mampu mengurangkan risiko stroke selain mampu menjadi “combat” bagi pembentukan sel kanser. Memang tidak semua gemarkan limau gedang ini kerana rasanya yang kelat. Apakata cuba resepi dibawah?

#ESP05

ESP Shaklee Tangy Grapefruit ESP 

1 sudu besar ESP Shaklee 
¼ buah limau gedang 
1 biji limau nipis diambil jus
½ cawan jus nanas 
2 biji kurma / 2 sudu besar madu
Ais 



Creamy!! Itu yang dapat digambarkan. Dengan susu dan ice cream vanilla semestinya ESP Creamy Vanila ini memberi rasa yang akan buat anda kepingin lagi dan lagi. Tiada tambahan gula atau kurma kerana ice cream vanilla sudah tersedia manis. Dengan mencampurkan ais dapat mengurangkan rasa manis jadi sedang-sedang elok rasanya. 

#ESP06 

Esp Shaklee Creamy Vanilla Oat 

1 sudu besar ESP Shaklee 
1 sudu besar Oat 
1 Scoop Ice Cream Vanilla 
½ cawan Susu Segar/Full Cream 
Ais 





Selamat mencuba… 





Thursday, June 11, 2015

Resepi ESP 01-03

Bulan Ramadhan dah hampir tiba,bagaimana dengan persiapan mental dan fizikal anda untuk bertemu dengan bulan Ramadhan ini? Tentu masing-masing sedang ligat membuat persiapan kan? Saya juga nampak banyak post di media sosial tentang menu sahur, berbuka dan tidak lupa juga post tentang formula untuk khatam Al-quran di bulan Ramadhan ini, iaitu dengan memecahkan bacaan kepada 4 muka surat setiap kali selepas solat. 4 x 5 = 20 muka surat dan dibahagikan 2 muka surat sebelum solat fardhu, dan 2 lagi selepas solat. 

Apa kata gunakan kesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menambahbaik tahap kesihatan. Best kan idea tu? Dapat pahala plus bonus kesihatan.  Cuba gunakan ESP Shaklee sebagai salah satu alternatif untuk bersahur. ESP Shaklee memang dah terbukti berkhasiat dan menjadi kegemaran ramai, seperti yang saya kongsikan di sini . Pastinya anda akan rasa lebih kenyang dan bertenaga. 

Untuk itu, saya akan kongsikan beberapa resepi ESP Shaklee yang sihat, berkhasiat dan tentunya ‘without sacrificing the taste”  kata orang putih. Hari ini, saya kongsikan dulu 3 resepi ESP Shaklee untuk anda. 

#ESP01 

ESP BLUEBERRY YOGURT 

1 sudu besar ESP Shaklee 
1 sudu besar oat 
1 biji kurma 
½ cawan blueberry 
1 cawan yogurt plain atau berperisa (saya guna perisa strawberry)
Sedikit ais



#ESP02 

ESP MANGO TANGO 

1 sudu besar ESP Shaklee
½ cawan susu 
½ cawan manga frozen 
1 biji kurma 
1 sudu besar oat 
vanilla extract 
sedikit ais




#ESP03 

ESP MUTIGRAIN SOY 

1 sudu besar ESP Shaklee
½  cawan v-soy multigrain 
1 biji kurma 
1 sudu besar oat 
Sedikit ais



Senang saja, cuma perlu blend semua bahan dan minum. Saya suka tambahkan ais sebab sejuk, tapi anda boleh juga tidak menggunakan ais kalau tak suka. Selamat mencuba!! 

*kalau anda dah mencuba resepi kami,  jangan lupa tag kami dengan #espgayacheda

Monday, June 8, 2015

Ikan Steam Halia

Hari ini kita cerita tentang halia. Sebenarnya banyak kebaikan halia ni. Rasanya pun sedap. Halia mampu merawat penyakit banyak angin dalam badan, cirit birit, sakit kepala dan banyak lagi. Halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Air panas yang dicampur sedikit gula dan  halia berfungsi sebagai julap yang boleh membebaskan toksin yang berbahaya dari tubuh. Saya juga pernah mendapat petua mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan minum air serai dan halia.

Halia juga tidak asing dalam masakan. Bercerita tentang halia dalam masakan. Ikan steam halia antara hidangan menggunakan halia yang menjadi kegemaran saya. Rasanya yang ‘light’ antara faktor yang menjadikan hidangan ini antara yang kerap dimasak. Berikut saya kongsikan resepi Ikan steam halia menggunakan ikan kerapu. Selain ikan kerapu, ikan siakap, ikan merah, malah kod juga antara ikan yang boleh digunakan. 



Ikan Steam Halia

(2-3 orang)

Bahan-bahan
Ikan kerapu
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
½ sudu kecil gula
1 ulas bawang putih
1 batang cili/cili padi
2 inci halia (ikut suka banyak atau sikit)
2 tangkai daun bawang




Cara-cara
1. Basuh dan bersihkan ikan.
2. Potongkan daun bawang anggaran 2cm panjang, hiriskan halia dan cincangkan bawang putih.
3. Satukan kicap cair, minyak bijan dan gula.
4.Masukkan ikan ke dalam pinggan bersama-sama daun bawang, halia dan bawang putih serta sos kicap tadi. Masukkan juga ke dalam perut ikan sedikit hirisan halia dan daun bawang.
5.Kukuskan ikan selama 15 minit atau sehingga masak (mengikut saiz ikan). Sedia dihidangkan bersama nasi panas. 



Hidangan ini menggunakan hanya kicap cair sebagai bahan perasa dan tidak menggunakan garam. Bergantung pada brand kicap cair yang digunakan anda perlulah 'adjust' rasa masin mengikut cita rasa anda. Selamat mencuba!!

Saturday, June 6, 2015

Sustained Release Vita-C Plus

Sains pembebasan berterusan secara semulajadiVitamin C telah direka oleh Shaklee yang menjadikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee adalah yang terbaik. Setiap tablet SR Vita-C Plus Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Kaedah ‘Sustained Release’ ini direka kerana Vitamin C mudah musnah, larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan manusia. Melalui ujian klinikal yang dijalankan, Vitamin C di dalam 2 tablet SR Vitamin Shaklee mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Ianya lengkap dengan bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan Vitamin C lebih baik).

Kita memerlukan Vitamin C untuk membantu pertumbuhan sel yang baik, mempromosikan fungsi sistem peredaran darah, menjaga kulit, tulang, dan pada umumnya berguna untuk membantu tubuh kita dalam mengembangkan sistem pertahanan tubuh. Disebabkan badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri Vitamin C, jadi pengambilan supplemen adalah perlu.


Khasiat Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

Akibat kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan badan cepat letih, pendarahan gusi, luka lambat sembuh, sistem imun yang lemah, rambut serta kulit kering bersisik, tumit kasar dan kulit wajah kelihatan tua berbanding usia.

SR Vita-C Plus Shaklee berfungsi untuk mencantumkan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksin menjadikan ianya tidak berbahaya pada buah pinggang dan dapat dikeluarkan dengan mudah.

Untuk kesihatan berpanjangan, ambil 2 biji SR Vita-C Plus Shaklee sehari. 

Dapatkan Sustained Release Vita-C Plus pada harga promosi. Sah dari 1 Jun 2015 hingga 30 Jun 2015.


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Promosi Shaklee Jun 2015.

Rasanya ada lagi kot yang belum tau promosi Shaklee untuk bulan Jun 2015. Harap senyum sampai ke telinga sebab set ni memang di cari-cari terutamanya di musim raya. Kalau dah kata raya, mesti ramai nak nampak cantik, betul tak? Masih belum terlambat lagi untuk tampil cantik dan menarik di hari raya yang bakal menjelma ini. 

BONUS! Penjagaan kesihatan yang terbaik untuk si manja juga tidak dilupakan di musim raya ini. Pastikan mereka kekal sihat, cergas dan ceria di sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal nanti. Dapatkan tawaran berbaloi untuk nilai wang anda jika beli pada waktu promosi. Tempoh promosi bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2015.



Dapatkan 7 botol Sustain Released Vitamin C pada harga 6 botol atau rebat 5% untuk 2 botol Sustain Released Vitamin C Shaklee.

Dapatkan 7 botol Vitamin E pada harga 6 botol atau rebat 5% untuk 2 botol Vitamin E Shaklee.

Dapatkan 4 botol Vitalea For Children pada harga 3 botol.

Fast Action, Fast Result. Faham kan? ;)

Banyak sangat? Kongsilah dengan yang tersayang atau rakan-rakan.


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com
ID : 949189 / 1029832



"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Friday, June 5, 2015

5 Mitos Diet Penyebab Diet Hancur


Dalam usaha berdiet, kita sering kali terlepas pandang perkara-perkara kecil yang boleh merosakkan diet itu sendiri. Lebih teruk lagi, jika kita sendiri tidak sedar tip yang sering kita lakukan selama ini adalah betul. Mari semak tip-tip yang dipetik dari laman web fitness.com ini. Mana tahu kita pernah buat tanpa kita sedar.

1. MINUM JUS DARIPADA MAKAN BUAH

Jus sering dianggap sihat kerana terdiri daripada ekstrak buah-buahan. Jus yang dijual di pasaran biasanya sudah di tambah pemanis serta pengawet. Jika sering meminum jus, kadar gula dalam darah boleh meningkat dan makin menyukarkan proses penurunan berat badan. Sebaliknya buah-buahan mengandungi gula semulajadi. Sebaiknya pilihlah buah-buahan yang segar.

2. KIRA JUMLAH KALORI

Kesalahan utama di dalam diet yang paling besar ialah kesilapan mengira jumlah kalori dalam makanan. Biasanya hanya jumlah kalori di dalam makanan utama sahaja yang dikira sedangkan kandungan kalori di dalam snek yang diambil lebih banyak berbanding makanan utama.

3. TERLALU BANYAK DUDUK

Duduk terlalu lama atau terlalu banyak hanya mengundang risiko penyakit jantung, diabetes dan sebagainya. Aktiviti ini tidak membantu langsung untuk membakar lemak dari tubuh. Rajinkan diri untuk lebih aktif bergerak.

4. FOKUS JANGKA PENDEK

Elakkan untuk berdiet dalam tempoh waktu tertentu seperti berdiet untuk persediaan raya atau berdiet untuk bernikah dan sebagainya. Ini menjadikan seseorang cenderung untuk makan lebih banyak selepas tempoh tersebut atau dalam istilah lain ‘balas dendam’.

5. KURANG TIDUR

Dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi kerana kekurangan tidur akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan. Bahkan tidur yang mencukupi akan meningkatkan tahap kesihatan anda.

Hakikatnya untuk berdiet dan menurunkan berat badan bukanlah mudah namun ianya bukanlah mustahil jika anda komited. Ianya juga tidak seharusnya berlaku dalam tempoh 2-3 hari. Amalkan diet yang sihat walaupun ia memerlukan masa. Yang penting amalkan secara berterusan untuk tahap kesihatan yang berpanjangan. 

Yakin boleh!