Tuesday, July 14, 2015

Benarkah Biji Lada Punca Radang Apendiks?

Gambarajah (a) Apendiks normal; manakala   (b) Radang apendiks

Apendiks juga dikenali sebagai usus buntu kerana apendiks berada di persimpangan antara usus kecil dan usus besar. Senang cerita apendiks ialah satu tiub yang tidak mempunyai saluran keluar. Makanan yang di hadam mudah termasuk ke dalam saluran ini dan tiada jalan keluar menyebabkan saluran ini tersumbat mengakibatkan pembiakan bakteria dan boleh bernanah lalu terjadinya radang apendiks.  

Kita biasa dengar orang tua-tua cakap jangan makan biji buah-buahan contohnya tembikai, jambu atau biji lada, nanti apendiks sebab takut biji tersebut tak hancur dalam perut. Hakikatnya ia hanyalah berkemungkinan dan peratusannya sangat kecil atau tiada langsung untuk dijadikan punca apendiks. So, siapa yang dah termakan tu harap jangan panik. Hehehe..

Radang apendiks berlaku disebabkan mukus (lendir) yang terlalu tebal atau serpihan najis yang keras termasuk ke dalam salur apendiks. Keadaan ini menyebabkan terjadinya pengumpulan bakteria sehingga bernanah dan boleh pecah jika tidak dirawat dengan segera serta boleh mengancam nyawa.

Apendiks boleh dirawat melalui pembedahan dengan membuang apendiks. Kebiasaannya pembedahan mengambil masa antara 20 minit hingga 1 jam. Jenis pembedahan pula bergantung pada tahap keseriusan radang apendiks. Jika mendapat rawatan di peringkat awal, pembedahan laparoskopik (kaedah lubang kunci) sahaja tetapi jika radang apendiks serius, pembedahan secara terbuka terpaksa dilakukan.

Contoh apendiks yang telah dibuang melalui pembedahan

Gejala dan simptom apendiks

  • Sakit perut dan di sekeliling pusat
  • Demam kuat
  • Sembelit
  • Loya @ muntah
  • Cirit-birit
  • Kembung perut


Supplemen untuk SET APENDIKS yang dicadangkan
  • Herb-Lax untuk membersihkan usus
  • Vita-C Plus untuk meningkan imunisasi
  • Zinc Complex untuk mengeringkan luka dalaman selepas pembedahan
  • Ostematrix untuk mengelakkan kekejangan




Sunday, July 12, 2015

Performance Drink Air Elektrolit Terbaik


Performance Drink dihasilkan oleh saintis Shaklee pada tahun 1980an. Hasil kerjasama dengan University Yale untuk projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Melalui perkasaan produk Performance ini, projek penerbangan Daedalus telah mencatat sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan masih kekal hingga hari ini.
Performance Drink juga telah direka khusus untuk para angkasawa NASA, Amerika Syarikat.Ramai juga atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka telah memilih Performance Drink sebagai minuman tenaga mereka. Ini kerana berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat yang berbeza.
Keunikan Performance Drink
Elektrolit + Mineral

Khasiat Performance Drink :

Performance Drink sesuai untuk :


- Atlet
- Mereka yang berpuasa
- Sebelum dan selepas pembedahan
- Tidur lewat malam
- Keletihan
- Tiada selera makan
- Rendah paras gula
- Cirit-birit


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com
ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Thursday, July 9, 2015

5 Tips Rumah Terbuka Untuk Tuan Rumah

Pejam celik pejam celik dah tiba kita ke penghujung Ramadhan, tak lama lagi Aidilfitri akan tiba. Pada waktu itu mesti ramai yang mengadakan rumah terbuka untuk meraikan dan berjumpa dengan saudara mara dan sahabat handai kan. Apa-apa pun biarlah bersederhana dalam segala hal untuk mengelakkan pembaziran. Saya kongsikan tips saya ketika mengadakan rumah terbuka yang boleh dipraktikkan, semoga bermanfaat untuk anda di Aidilfitri nanti. 

1. Rancang Menu Makanan 

Pada kebiasaaannya, menu rumah terbuka ni kata orang putih ‘very cliche’ sebab rata-ratanya menghidangkan rendang, lontong, kuah kacang yang berlemak dan berminyak. Tapi kalau taka da hidangan ini tak rasa macam rumah terbuka hari raya pula kan. Apakata pelbagaikan menu anda dan seimbangkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jangan terkejut kalau saya kata saya menyediakan salad untuk rumah terbuka saya untuk dimakan dengan sate berbanding hanya timun. Salad tahu, telur dan tomato juga lazimnya mendapat tempat dikalangan rakan-rakan untuk dimakan bersama kuah kacang. 

2. Waktu Jamuan

Waktu majlis diadakan juga menjadi faktor penentu menu anda. Saya sendiri gemar buat rumah terbuka waktu petang hingga ke malam. Selain menu yang disediakan lebih ringkas, saya juga mempunyai lebih masa untuk memasak dan menyediakan hidangan untuk para tetamu. 

3. Kebersihan 

Bila-bila masa kita ‘dealing with’ makanan ni, kebersihan kena tip top. Tak kan la nak hidangkan pada tetamu makanan yang tak bersih kan. Silap-silap tetamu sakit, kita kena saman, dapat nama buruk lagi. Makan kat rumah si polan si polan tu aku sakit perut. Tak ke naya?? Jadi, pastikan tahap kebersihan dijaga sepanjang masa ya. 

4.Hidangan berperingkat

Ini memang pesan ibu saya dari dulu. Ini juga cara beliau yang saya praktikkan sampai sekarang. “Catu” makanan anda. Hihi.. Catu dalam erti kata lain ialah menghidangkan secara berperingkat makanan anda. Contoh saya kalau buat soto, laksa dan roti jala. Saya akan hidangkan soto sebagai “main course” laksa saya hidangkan separuh begitu juga dengan roti jala. Selaian dapat mengawal kuantiti makanan agar semua tetamu dapat merasa, saya juga dapat mengelakkan pembaziran daripada berlaku. 

5.Don’t Overdo 

Saya faham bila mengadakan majlis kita akan ‘tempted’ untuk ‘overdo”. Semua pun kita nak. Menu nak banyak, tetamu jemputan nak ramaitapi last-last kita yang flat. Kalau rasa kita tidak mampu untuk menyediakan hidangan sendiri, perkhidmatan catering boleh dipertimbangkan. Tapi saya lebih suka untuk menjamu tetamu yang datangd engan air tangan saya sendiri. Kalau saya buat soto dan laksa, roti jala dan kuih muih saya tempah. Ikut kemampuan kewangan dan diri. 

Lazimnya kalau bulan Ramadhan kita turun berat badan, di bulan raya pula sinonim dengan naik berat badan. Mungkin sebab sibuk memenuhi undangan rumah terbuka. Apakata cegah kenaikan berat badan dan singkirkan minyak-minyak dan lemak-lemak dalam badan dengan pengambilan Lecithin Shaklee. Ianya sangat bagus untuk menyekat minnyak dan lemak dari bercampur dengan darah, dengan itu ianya lebih mudah disingkirkan keluar dari badan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang lecithin Shaklee boleh refer di sini

Sekian dulu coretan kali ini. See you in the next entry




CarotoMax membantu rabun malam

Pernah dengar tentang rabun ayam? Rabun malam juga digelar sebagai rabun ayam iaitu daya penglihatan menjadi kabur dan langsung tidak nampak bermulanya pada waktu senja. Untuk mereka yang mengalami rabun jenis ini, solusi terbaik adalah dengan mengamalkan CarotoMax Shaklee. Selain itu juga, CarotoMax dapat mempertingkatkan penglihatan dan pelbagai masalah mata seperti katarak, glaucoma, mata kering, mata lesu dan mata panda (gegelung hitam di mata).

CarotoMax mengandungi 6 variasi karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran serta buah-buahan yang kaya dengan anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit yang menjadikannya sebagai agen menentang kanser terutamanya kanser payudara dan kanser paru-paru. Selain itu, CarotoMax juga sangat baik untuk mereka yang menderita sakit kulit seperti Psoriasis, kulit kering, radang kulit, jerawat dan acne.



Cadangan pemakanan : 1 biji 2 kali sehari di ambil selepas makan. 


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com
ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Atasi perut buncit dengan Herb-Lax Shaklee

Untuk anda yang mengalami masalah perut buncit dan sembelit, Herb-Lax ada jalan penyelesaiannya. Herb-Lax terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaces, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

9 Jenis herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax


Manfaat dan kebaikan Herb-Lax Shaklee 




Cara pemakanan : 2 kali seminggu – 4 biji setiap kali sebelum tidur.



PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


Perbezaan B-Complex Shaklee

Lambakan supplemen di pasaran memang mengelirukan pengguna. Salah satunya B-Complex. Mengapa B-Complex Shaklee? B-Complex Shaklee bukan bersifat sintetik. Kebanyakan supplemen yang berada di pasaran bersifat sintetik. Sintetik bermaksud sumber yang didapati adalah dari sumber tiruan seperti perisa tiruan, perasa tiruan, pewarna tiruan ataupun bersifat dadah. Segala supplemen Shaklee adalah bersumberkan dari tumbuhan organik, bebas kimia dan tiada bahan-bahan tiruan digunakan.

Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah asid folik dan 100% biotin untuk keseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B juga larut air jadi ianya lebh mudah tersingkir dari badan.



TIPS MEMILIH VITAMIN B-COMPLEX

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin
  2. 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan B-Complex yang mempunyai rumusan larut air (sustain release)


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."

Wednesday, July 8, 2015

Tips Persediaan Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Di kampung-kampung, kebiasaannya malam-malam ini dihiasi dengan lampu-lampu pelita yang di pasang di sekeliling rumah. Namun tradisi ini semakin lama beransur hilang. 

Antara tanda-tanda terjadinya malam Lailatul Qadar ialah pada malam berkenaan, suasana akan terasa begitu tenang, pokok-pokok kelihatan bersujud dan pelbagai lagi peristiwa yang menunjukkan kebesaran Ilahi

Pada malam Lailatul Qadar, para malaikat dan malaikat Jibril akan turun ke bumi dan pada 10 malam terakhir Ramadhan dan pada malam ini kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan dan menghidupkan sepertiga malam dengan melakukan amal ibadat seperti memperbanyakkan membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan qiamullail dengan harapan mendapat keredhaan Allah. 

Waktu untuk berqiamullail adalah pada sepertiga malam. Untuk menjayakan qiamullail adalah penting untuk memastikan badan kita cukup fit terutama bagi mereka yang bekerja di siang hari. Teringat waktu saya sekolah dulu, waktu qiamullail memang ramai yang tertidur. Macam-macam ragam dan’ aksi’ tidur boleh disaksikan. Hehehe… Tapi takkan nak buat macam tu waktu bekerja ye tak? Silap haribulan dapat ‘surat cinta’ daripada bos.

Untuk memastikan saya kekal cergas walaupun berjaga pada malam hari (qiamullail) saya akan ambil Set Tenaga Shaklee atau yang terdiri daripada Performance Drink, Energizing Soy Protein (ESP) dan Meal Shakes. Set ini memastikan badan cukup fit untuk melakukan aktiviti tambahan tanpa rasa lesu dan letih



Semoga kita sama-sama berusaha untuk mendapat keredhaan Allah.

Tuesday, July 7, 2015

Resepi Home Made Play Dough

Qiqi, anak syurga saya yang berusia 5 tahun ni agak lambat membaca. Kalau dinilai dari percakapan macam orang dewasa. Lancar tutur kata tapi bila tang membaca agak lambat. Maklumlah duduk dengan atok dan nenek.. Tak ada orang yang nak memantau. Terlebih manja..

Jadi, sebagai inisiatif saya ajak Qiqi join buat 'Home Made Play Dough'. Seronok bukan main si Qiqi mengacau dan menguli. Memang bagus sesekali bagi dia buat aktiviti begini. Ok, saya kongsikan resepi home made play dough yang sangat simple untuk anda cuba. Ini non-cook version. Jadi ia mampu bertahan dalam seminggu hingga 2 minggu berbanding versi dimasak yang mampu tahan lebih lama sehingga sebulan. 

Resepi Home Made Play Dough 
1 cawan air sejuk 
1 cawan garam 
2 sudu besar minyak masak
3 cawan tepung
2 sudu besar tepung jagung 
pewarna secukupnya

Cara-cara : 
1. Dalam mangkuk campurkan pewarna, air dan minyak. 
2.Tambahkan tepung, garam dan tepung jagung dan uli sehingga menjadi doh. 
3. Sedia untuk digunakan. 



Bahan-bahan 
Campurkan pewarna dan minyak macam ini

Done!!!!



Monday, July 6, 2015

Alfalfa Complex Shaklee - Medicago Sativa

Alfalfa Complex merupakan signature kepada produk Shaklee. Diperbuat daripada alfalfa (Medicago Sativa) dan ditanam secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan baja bebas kimia atau baja kompos. Medicago Sativa diberi jolokan sebagai "Raja Segala Tumbuhan" kerana memiliki gred paling tinggi di kalangan alfalfa.

Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dengan akarnya mencapai sehinggai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Di Shaklee, daun alfalfa pula hanya dituai setelah ianya benar-benar matang kerana pada waktu tersebut daun alfalfa sangat kaya dengan klorofil. Ianya dikeringkan secara neutral sehingga menjadi serbuk dan kemudiannya baru dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dikawal ketat oleh Shaklee.

Berdasarkan pembuatan ini memang tidak hairanlah Alfalfa Complex sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran. Patutlah alfalfa terbaik dalam tugasnya sebagai ejen detoks dan telah terbukti dapat memulihkan pesakit kanser tahap 4


16 Khasiat Alfalfa Complex






PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


Sunday, July 5, 2015

Fakta Menarik Tentang ESP Shaklee

Saya ada beberapa entry tentang Energizing Soy Protein atau ESP sebelum ini. Selain bercerita tentang kebaikan dan khasiat ESP, ada juga entry tentang pelbagai resipi ESP yang boleh anda cuba. :) 

Ok, kenapa ada banyak entry berkaitan ESP? Sebab ESP mempunyai terlalu banyak khasiat yang baik untuk tubuh. Dari rambut beruban, kulit cantik & sihat, hingga lah pada pengurusan berat badan… semua boleh di dapati dari sebotol ESP! Segelas ESP sehari di waktu pagi dah melengkapkan hari saya! ESP ni merupakan salah satu susu soya kegemaran saya. Saya rasa ESP ni penyedap rasa bila ditambah dengan apa jenis jus pun. Yang penting ESP buat saya kenyang!

ESP mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga rendah kandungan Indeks Glisemik (G.I) iaiu 39 sebab tu ESP selamat untuk pesakit diabetes. Karbohidrat dengan tinggi atau rendah Indeks Glisemik penting untuk menentukan impak paras gula dalam darah. Kalau G.I tinggi, karbohidrat akan memecah dengan cepat. Jika kandungan G.I rendah, karbohidrat akan pecah perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Jadi proses ini akan memastikan paras gula dalam darah pada tahap yang rendah dan ini membantu dalam proses pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan.

Ingat lagi tak tentang manfaat dan kebaikan ESP dalam entry saya sebelum ni? Jom review balik!


Saya tak tahulah sejak bila tapi yang saya perasan sekarang saya hampir tiada migrain, insomnia dan kulit saya lebih moist dari dulu. 


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


Nutriferon Lebih Baik Dari Panadol dan Pain Killer

Interferon telah ditemui oleh Dr. Yashuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi  di dunia (Nutriferon). Penemuannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi ini berasal daripada biji labu, bunga Safflower, Biji Plantago dan Honeysuckle Jepun mampu mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hydrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dan lain-lain. 

Nutriferon merupakan Formula Eksklusif dan di Paten oleh Shaklee dan hanya boleh didapati melalui Shaklee sahaja.

Manfaat Nutriferon



Tahukah anda mengambil Nutriferon adalah jauh lebih baik daripada Panadol dan ubat tahan sakit (Pain Killer) yang mempunyai kesan sampingan pada jangka waktu panjang? Jadi apa kata mulai sekarang bila rasa badan mula rasa tak sihat atau rasa nak sakit je terus ambil Nutriferon.


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."




Friday, July 3, 2015

6 Kesalahan Selepas Makan Penyebab Masalah Usus Dan Kanser.



Ramai antara kita tak sedar sebenarnya tabiat yang kita lakukan selepas makan boleh membawa kepada masalah lemah usus dan lebih teruk risiko kanser!

MINUM TEH

Dulu memang favourite saya minum teh lepas makan tapi sejak saya tahu teh mempunyai tahap asid yang tinggi dan membuatkan protein dalam makanan sukar dihadam maka saya dah lama tinggalkan tabiat ni. Seeloknya jika perlu ambil jarakkan waktu dalam sejam selepas makan.



MANDI

Pernah juga saya mandi betul-betul lepas makan sebab tak tahan panas. Makan pedas waktu tengahari sememangnya berpeluh! Hehe.. Jangan sesekali lakukan ini! Jumlah darah di sekitar perut akan meningkat dan mengalir ke seluruh badan dan ini lah penyebab sistem penghadaman semakin lemah.

TIDUR

Saya kira ramai yang suka bila disorongkan bantal selesai makan. Haha.. Tau tak aktiviti ni boleh mengganggu sistem penghadaman dan lama-kelamaan menyebabkan jangkitan pada usus. Biasanya kalau saya terlalu mengantuk selepas makan, saya akan pejamkan mata sambil duduk atau perut akan senak selepas bangun. Dalam entry sebelum ni saya ada tuliskan punca kita rasa mengantuk lepas makan.

BERJALAN-JALAN

Haa… yang ni pun ramai yang silap. Jangan ingat berjalan-jalan selepas makan tu lebih cepat makanan dihadamkan. Atau kata orang tua-tua, nak turunkan nasi. Sebenarnya berjalan selepas makan menghalang badan untuk menyerap nutrisi dari makanan tadi. Akibatnya kita kekurangan gizi seimbang. Jadi lepas ni tunggu dulu antara 10 hingga 15 minit sebelum berjalan ya.

MAKAN BUAH

Silap besar kebanyakan orang di sekeliling kita dan kebanyakan ibubapa pun mengasuh anak begitu. Buah-buahan diambil sebagai pencuci mulut sebaik saja selesai makan. Makan buah-buahan sebaik lepas makan akan menyebabkan perut kembung. Sebaiknya tunggu hingga setengah jam.



MEROKOK 

Panorama biasa di kebanyakan tempat makan bukan? Tidak terkecuali di rumah sendiri. Merokok bukan saja tidak sihat tetapi boleh merosakkan paru-paru. Lebih teruk lagi tabiat merokok selepas makan dikatakan meningkatkan risiko kanser sebanyak 10 kali lebih tinggi

Semoga tip di atas dapat mengubah gaya hidup kita ke arah gaya hidup yang lebih sihat! :)

Denggi, Ambil Peduli Atau Maut Menanti!


Dalam keadaan cuaca panas sekarang memang kes denggi menunjukkan peningkatan. Banyak terpampang di dada-dada akhbar dan media tentang kes-kes denggi dan langkah-langkah pencegahannya. Segala bentuk amaran dan laungan tentang bahayanya denggi boleh membawa maut namun masih ada segelintir masyarakat yang memandang sepi isu ini. Mungkin belum kena batang hidung sendiri. 

Denggi berpunca daripada nyamuk aedes betina. Virus denggi disebarkan oleh nyamuk ini daripada badan pesakit denggi dan memindahkan kepada orang yang terkena gigitan nyamuk tersebut. Biasanya virus denggi akan disimpan dalam badan selama 2 hingga 5 hari sebelum munculnya gejala demam denggi. Kitaran hidup jentik-jentik menjadi nyamuk dewasa pula hanya mengambil masa 7 hari! Sekejap je kan? 



Platelet darah manusia normal adalah sekitar 150 hingga 450 bpL dan untuk pesakit denggi jika platelet darah ialah 100 bpL, biasanya pesakit akan di tahan di hospital untuk rawatan rapi dan jika platelet darah jatuh pada 10 bpL pesakit berada pada tahap kritikal dan boleh membawa maut!

Apabila diserang demam denggi adalah sangat penting untuk minum air dengan banyak. Antara rawatan popular untuk menaikkan platelet darah ialah dengan meminum jus pucuk betik dan juga sup ketam. Selain itu kebiasaanya pesakit akan minum air isotonic 100 plus dengan banyak sehingga berbotol-botol sehari. Tapi harus lah diingat minuman ini merupakan air berkarbonat atau air gas.




Selain kaedah di atas, saya cadangkan supaya mengambil Performance Drink Shaklee dan Nutriferon sebagai alternatif semulajadi untuk pesakit denggi. Selain tidak berkarbonat ia mempunyai rasa oren yang boleh menyedapkan tekak yang payau akibat demam. Manakala Nutriferon meningkatkan sistem defensi badan untuk melawan sel virus denggi dan mengukuhkan sistem imunisasi.

Kerap bersihkan kawasan sekitar rumah dan buang air yang bertakung untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes. Sebenarnya aktiviti pembersihan disekitar kawasan yang terdapat kes denggi perlu di lakukan secara bersama komuniti. Bukan hanya usaha dari satu pihak. Jom ganyang denggi!




Bermula Dengan Modal Rendah Dan Tiada Risiko.

Tahun 2015 ni pada saya terlalu mencabar. Memang perit tambahan keadaan ekonomi negara semakin hari semakin teruk. Tahun ni berlakunya kenaikan harga minyak, tol, sewa rumah, kenaikan kos barang-barang dan paling tak boleh dilupakan pengenalan GST yang saya kira sejarah hitam negara! Hahaha.. saja melawak! Satu benda je yang turun iaitu nilai RINGGIT MALAYSIA. Saya kira tak perlu lah mengharap pemimpin-pemimpin kita susah payah turun bantu kita sebab mereka banyak kerja nak buat… (kot…).

Dengan kenaikan harga baru petrol yang mungkin bila-bila masa pun boleh naik lagi jadi saya ingin berkongsi peluang untuk menambah pendapatan dengan Shaklee. Tak guna kita bising-bising. Carilah peluang tambah pendapatan. Dengan modal serendah RM 80 seumur hidup. Ingat ya, bukan RM 800 bukan RM 8,000 mahupun RM 80,000. Hanya RM 80 SEUMUR HIDUP. Apa yang anda boleh buat dengan RM 80 sekarang? Pergi shopping mall pun tak lalu.. huhuhu… Isi minyak 1 tank belum tentu full, makan dengan 2-3 orang family member kat tempat best sket pun silap-silap lebih dari tu. Jadi daripada kekal hidup macam tu, ambil peluang ni untuk jana pendapatan melalui RM 80 tadi. Sampai satu tahap mungkin anda tak perlu risau dan terkesan dengan kenaikan harga minyak, tol, barang dan sebagainya pun.

10 perkara anda layak terima bila mendaftar dengan Shaklee?

1. Diskaun hebat untuk setiap pembelian produk Shaklee dan kumpul point.
2. Cash bonus dari point terkumpul.
3. Peluang jana pendapatan infiniti. Hanya sebarkan kebaikan Shaklee, anda boleh jana pendapatan atau mungkin boleh bina empayar sendiri.
4. Tunai runcit melalui pembelian dari pihak ketiga.
5. Car bonus.
6. Peluang umrah/melancong dalam dan luar negara bertaraf 5 bintang.
7. Coaching / webinar dari pakar-pakar secara percuma di lokasi anda sendiri.
8. Mentor dan sahabat-sahabat yang sentiasa bersedia membantu anda mendalami ilmu bisnes.
9. Penjagaan kesihatan optimum untuk anda dan keluarga bila anda amalkan supplemen Shaklee.
10. Ketenangan spriritual. Insha Allah saya akan ceritakan di entry akan datang.

Sebenarnya banyak lagi manfaat yang anda boleh dapat dengan bisnes Shaklee. Mungkin saya boleh kongsikan pada entry akan datang. Selain dari itu, bisnes Shaklee memberikan jalinan ukhuwah yang sangat hebat dikalangan ahli.  Bukalah minda, kuakkan mata dan lihat sekeliling kita. Sampai bila kita nak jadi macam ni. Sampai bila nak hidup begini? Apa jadi pada insan kesayangan kita? Bagaimana masa depan mereka? Masih belum penat ke hidup dengan gaji yang ditunggu dengan penuh sabar pada setiap hujung bulan tapi tak sampai awal bulan dah habis ditolak. Inilah masa yang sesuai untuk mengorak langkah. 

“9/10 daripada rezeki adalah dengan berniaga”

Namun jangan berniaga hentam keromo, langgar dinding, hentam tembok sampai benjol kepala sendiri. Mentor-mentor Shaklee dah ada. Hanya duplicate apa yang mereka buat bukan cipta cara baru. Itu kan lebih senang.. Dah bagi jalan mudah nak berjaya tapi nak juga pergi hentam tiang sampai senget tu tak tau lah kannn.. 


Sedarlah.. Bangkitlah dari mimpi! Berpijak di atas realiti. Tiada siapa yang mampu membantu anda melainkan anda sendiri. 


PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."


2015 Cuaca Panas Dan Kering Juga Melanda Malaysia

Hari tu terdengar kat berita cuaca panas yang melanda negara kita dijangka berakhir pada September. Allahuakbar. Zaman dulu-dulu tak pernah rasa panas seterik sekarang. Rasanya panas pukul 12 tengahari dulu sama dengan panas pukul 9 sekarang. Dahsyat kan.. Ini lah hasil pemanasan global. Hasil dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Contoh senang, tong sampah depan mata je, tapi entah kenapa bukak pintu kereta then letak atas lantai tempat parking. Dashyat kan mentaliti rakyat kita? Memang dahsyat! Tapi bukan isu tu yang saya nak cerita kat sini.

Biasanya suhu panas dan kering akan datang satu pakej dengan jerebu. Sepanjang saya tinggal di KL memang kerap juga dilanda jerebu. Time tu mula lah tekak perit, badan letih, demam dan sebagainya. Paling teruk kes denggi pun meningkat. Ramadhan tahun ni negara kita dilanda musim panas lagi. Ada juga saya terbaca kes kanak-kanak maut di serang strok haba akibat berpuasa. Hmmm… Ibubapa sila pastikan agar kejadian yang sama tidak berulang. Jika mereka tak larat, jangan paksa untuk teruskan. Saya satu rumah pun tak terkecuali dari di serang demam. Habis tumbang semua. Ayah baru je discharge lepas beberapa hari bermalam di hospital akibat denggi. Alhamdulillah yang lain-lain nampaknya hanya di serang demam biasa.

Waktu cuaca panas ni kena banyak minum air kosong. Kita pun kena lebih prihatin dengan keadaan sekeliling rumah. Pantau tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat jentik-jentik membiak. Kalau kita sayangkan keluarga tak kan tak boleh korbankan masa untuk bersihkan kawasan rumah kan… 

Ambil juga Performance Drink Shaklee untuk mengekalkan tahap kecergasan dan bagi mengembalikan tenaga segera. Nak minum sejuk boleh, panas pun boleh. Selain tu pesakit denggi sangat-sangat di galakkan untuk minum Performance Drink ni. Yang bagusnya Performance Drink ni bebas soda jadi tak perlu risau la perut kembung dengan gas. Tak seperti minuman isotonik di pasaran. Lebih elok lagi jika Performance Drink di ambil dengan Nutriferon untuk meningkatkan fungsi imun badan supaya tak mudah di serang penyakit. Jadi cergas dan tenaga dapat, daya tahan badan pun dapat. Raya pun semakin dekat, jadi tak nak lah orang beraya kita sakit pulak kan.. Jaga kesihatan kita pada tahap seoptimum mungkin ok.




PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com


ID : 949189 / 1029832

"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."



7 Tip Didik Anak Makan Dengan Betul Dan Berkhasiat

Seringkali saya dengar samada dari rakan-rakan, keluarga mahupun terbaca di media-media sosial isu atau masalah tentang anak-anak yang  memilih makanan. Mereka lebih suka makan jajan (junkfood) berbanding makanan utama seperti nasi atau lebih gemar makan makanan segera. Jom cuba beberapa trick ini!

1. JANGAN PAKSA 

Jangan ‘campur tangan’ atau paksa anak makan dalam kuantiti yang banyak. Biar mereka tentukan sendiri berapa banyak yang mereka perlu ambil. Anda hanya sediakan pelbagai sayuran bewarna, buah-buahan, susu, bijirin dan sebagainya. Ini membantu dalam keperluan nutrisi mereka secara tidak langsung.

2. ELAK MAKAN BERLEBIHAN

Elakkan makan secara berlebihan. Biar sedikit tetapi kerap. Jarakkan antara 2-3 jam di antara sesuatu hidangan. Ini untuk mengelakkan risiko obesiti dan pelbagai masalah lain. Jangan lupa masukkan kekacang, buah-buahan segar dan biskut gandum sebagai snek sihat mereka.

3. PANGKAH MAKANAN SEGERA

Hadkan pengambilan makanan segera atau makanan yang diproses seperti nugget, sosej, fillet dan seumpamanya yang sudah pasti menjadi makanan kegemaran mereka. Memang sukar bagi anak-anak yang sudah terbiasa namun lakukanlah perlahan-lahan. Tak cuba tak tahu ye kan?

4. OLAH MAKANAN

Taktik mengolah makanan kebanyakkannya berjaya membuat anak-anak tertarik dengan makanan tersebut. Jika hendak bagi buah-buahan elakkan diberi dalam bentuk asal. Mungkin anda boleh sajikan dalam bentuk-bentuk yang menarik seperti bintang, bear, love dan sebagainya. Begitu juga dalam makanan lain. Be kreatif!




5. LIBATKAN ANAK ANDA

Kanak-kanak pasti gembira dan bangga jika makanan yang disajikan melibatkan hasil ‘air tangan’ mereka. Selain dari itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak.

6. BERIKAN PUJIAN

Sayur dan kanak-kanak umpama langit dengan bumi. Puji anak waktu makan contohnya mereka pandai makan sayur atau seumpamanya. Tanpa disedari mereka akan makan sayur walaupun tanpa dipaksa sambil tersenyum bangga! 

7. WAKTU MAKAN BERSAMA

Luangkan masa untuk makan bersama sekurang-kurangnya sehari sekali. Secara tak langsung kita dapat memantau pemakanan anak-anak disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Nikmati makanan perlahan-lahan di hadapan mereka kerana mereka akan meniru cara kita.

Bagi ibubapa yang padat dengan aktiviti kerja, pulang ke rumah pun dah letih dengan bebanan kerja dan sebagainya, keperluan pemakanan anak-anak tetap perlu dititikberatkan. Saya cadangkan ambil Meal Shakes Shaklee sebagai nutrisi tambahan untuk melengkapkan keperluan mereka seharian. Selain itu Meal Shakes ini mampu menambah selera makan jika anak anda memang jenis yang kurang selera makan dan suka memilih makanan.



PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : caprirus785@gmail.com / chedacheyu@gmail.com
ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."