Wednesday, August 26, 2015

Pad Kra Pow Gai (Stir Fried Thai Basil Chicken)

Salah satu masakan kegemaran saya ialah masakan Thai. Love Thai food! Pada saya masakan Thai punya rasa yang menakjubkan. Masam, masin, manis. Lengkap semuanya! Resepi yang saya kongsikan ini saya dapat dari kawan saya yang berketurunan Thai. Tapi saya olahkan resepi ini mengikut citarasa saya yang kurang gemar masakan manis. Saya juga lebih suka menggunakan ayam bahagian thigh sebab pada saya lebih juicy. Jadi isi ayam tu tak la kering sangat berbanding jika menggunakan bahagian dada. Apa-apa pun pilihan di tangan anda. So, selamat mencuba!

Pad Kra Pow Gai
(2-3 orang)

Ayam dipotong kecil
5 ulas bawang putih
3 batang cili padi
1 sudu kecil kicap cair*
2 sudu kecil sos tiram*
2 sudu kecil kicap lemak manis*
1 sudu kecil sos ikan*
½ sudu kecil minyak bijan*
½ sudu kecil gula*
sedikir air
Thai basil
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Satukan bahan bertanda *
2.Tumiskan bawang putih dan cili padi yang telah dicincang
3.Masukkan ayam
4.Masukkan pula sos yang telah disatukan tadi dengan sedikit air jika terlalu kering. Boleh tambah air jika mahu lebih kuah.
5.Masak ayam sehingga masak.
6.Padamkan api dan masukkan Thai basil. 
Sedia dihidangkan.

* Boleh juga perapkan ayam dengan sos terlebih dahulu.  


Bagi adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan, boleh refer video tutorial ni. 




Inilah hasilnya...

Sedap makan dengan nasi panas. Kalau authentic thai they serve it with sunny side up atau telur mata la kata orang Melayu.

Thursday, August 20, 2015

Rawatan Untuk Kucing Sakit Mata

Seingat saya, sejak berpindah ni dah dua kali RayRay jatuh sakit. Persekitaran baru salah satu puncanya. Bukan manusia je boleh stress, kucing pun mengalami stress juga tau! Banyak faktor yang boleh mendatangkan stress pada kucing. Antaranya ialah kehadiran tetamu yang dianggap ‘makhluk asing’ pada kucing, bertukar tempat baru, kehadiran kucing asing dan lawatan ke pusat veterinar

Kucing yang mengalami stress boleh jatuh sakit jika keadaan itu berlarutan dan kucing tidak dapat ‘adapt’ dengan persekitaran baru dalam jangkamasa yang lama. Ala-ala tak boleh terima kenyataan la tu. Hehe..  Seminggu lepas raya waktu kami pulang ke rumah, saya perasan mata RayRay kecik sebelah. Mula-mula ingatkan biasa je. Saya fikir RayRay kurang minum air akibat cuaca panas. Saya cuma beri dia minum guna syringe (suntikan) untuk pagi dan petang. Sambil bagi minum saya bacakan Surah Al-Fatihah sebab menurut pengetahuan saya Surah Al-Fatihah mampu menyembuhkan penyakit. Doa lah dalam hati mudah-mudahan si bulus ni cepat sembuh. 

Selain tu , saya lap mata RayRay guna kain bersih yang dibasahkan sekerap yang mungkin. Kalau tak bila tahi mata dah mengeras lagi susah nak tanggal. Menjerit kang si bulus tu. Saya mula buat carian google tentang kucing sakit mata. Info yang saya dapat semuanya lebih kurang sama. Ada yang sarankan gunakan Eye Mo dan Teramcyn tapi saya tak berani cuba sendiri sebelum rujuk dengan pakar veterinar sebab tak pernah bagi RayRay ubat manusia. Atas nasihat Che Da, saya bawa RayRay ke veterinar sebab takut keadaan matanya bertambah teruk. Kesian sangat bila RayRay sakit. Moody manjang, nak sentuh kemain marah. Makan pun tak nak. Saya bawa RayRay ke Pet Veterinary Centre yang terletak di No. 96, Jalan Permas 10, Bandar Baru Permas Jaya, Johor. Itupun hasil carian google sebab saya tak berapa familiar dengan klinik veterinar di JB ni. 


Mata RayRay yang terkena Chlamydia.



Image Google : Mata boleh membengkak dan menyebabkan mata tersembul keluar.

Doktor sahkan RayRay terkena jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Chlamydia. Puncanya adalah faktor persekitaran. Menurut doktor, jika dibiarkan boleh berjangkit pada kedua-dua belah mata dan lebih teruk mata boleh tersembul keluar atau pecah. Haisshhh… minta dijauhkan. Lepas ni kena lebih rajin kemas rumah sebab RayRay ni memang suka sangat menyorok kat celah-celah tempat. Doktor bagi 3 jenis ubat iaitu eye drops, antibiotik dan ubat bengkak (Tolfedine 6mg) selain nasihatkan beri RayRay air yang secukupnya. Kos untuk 3 jenis ubat tu RM35 termasuk consultation. Alhamdulillah esoknya mata RayRay mula tunjukkan perubahan positif dan pulih sepenuhnya dalam tempoh 3 hari. 


Ubat Bengkak (Tolfedine 6mg)


Antibiotik (perlu dihabiskan).



Eye Drop : Titiskan 2x sehari pagi dan petang.

Satu lagi tips yang saya belajar.. walaupun kucing dah pulih, antibiotik tetap kena habiskan untuk mengelakkan penyakit tersebut menyerang semula dan sistem imun si bulus jadi lemah. Baik cegah sebelum terlambat. 

Sekarang bila tengok bekas air dia tak luak, cepat-cepat saya bagi minum guna syringe. Saya kena extra 'pantau' tentang minuman RayRay sebab dia memang agak malas minum air. Air kegemaran RayRay ialah air mineral. Hamboi, hover kan… Takpe lah, yang penting dia sihat saya lega dan happy.


Saya dah sihat! Besar tak mata saya? :)

Ok, sekian entry untuk kali ni. Harap boleh dijadikan sebagai panduan untuk pencinta bulus jika mengalami masalah yang sama. Till we meet again ;)



Info Klinik

PET VETERINARY CENTRE
No. 96, Jalan Permas 10
Bandar Baru Permas Jaya
81750 Permas, Johor.
Tel : 07-3868951
Fax : 07-3863445

Doktor Bertugas : Dr. Norazry Zakaria 

Waktu Rawatan : 11.00 pagi hingga 8.30 malam

Waktu Rehat : 1.00 t/hari hingga 2.30 petang
          6.00 petang hingga 7.30 malam

Waktu Operasi : Sabtu hingga Jumaat
(Tutup pada Jumaat dan Cuti Am