Saturday, November 7, 2015

Alat Untuk Pantau Kucing Di Rumah

Apa perasaan korang bila terpaksa tinggalkan kucing kesayangan kat rumah lebih-lebih lagi untuk beberapa hari? Rasa sedih, rasa bersalah dan rasa tak best. Asyik fikir apa dia buat kat rumah 'sorang-sorang'. Mesti dia sunyi, sedih atau boring sebab kita takde dengan dia. (Sob... sob...)

Tapi jangan lupa, ini zaman cyber! Ada banyak cara untuk stay connected dan monitor cik meow kita kat rumah waktu kita takde. Omputih ni kan memang terer dengan teknologi diorang. Sebenarnya banyak apps yang boleh korang dapat thru smartphone atau komputer asalkan ada internet! 

Dua jenis apps yang saya installed untuk pantau RayRay kat rumah ialah iSpy Camera dan Team Viewer. Selain boleh pantau RayRay, tetamu tak diundang pun saya dapat tengok 'live'. Fungsinya ala-ala cctv. Yang bestnya apps ni sume FREE. Next entry saya share camne nak install iSpy Camera dan Team Viewer ni ok.

Ada satu lagi teknologi yang diorang launch kat Facebook baru-baru ni. Namanya PetBot. Alat berupa kotak putih siap dengan camera dan treat dispenser untuk pet. Menariknya kita boleh ajar pet untuk ber'selfie' dan send terus ke handphone kita. Best kan? Harga diorang tengah promo sekarang USD189+Shipping for limited unit. Place order sekarang, bulan May 2016 baru korang dapat! Nak info lanjut pasal PetBot ni boleh check sini.


Ni la rupa kotak PetBot tu..




Weekend Project Buat Header Blog

Dah lama sebenarnya nak buat Header Blog ni tapi..... tak reti satu hal, malas pun satu hal juga. Hehehe.. Hari ni gagahkan juga diri untuk men'google' tutorial untuk buat Header Blog ni. Jealous tengok blog orang lain cantik-cantik. Heheh..

Daripada banyak-banyak tutorial yang ada kat google, saya tertarik dengan tutorial daripada blog www.enyabdullah.com. Caranya lebih simple, mudah difahami dan tak payah nak download apps bagai sebab boleh buat Header Blog guna Microsoft Excel je! Ha... macam tak percaya je kan.. Selama ni ingat nak kena guna special apps dan pandai html kod segala. Remind to myself kalau tak pandai main dengan cod-ing tu jangan gatal tangan nak buat, kang berterabur template blog tu semua sape yang susah.

Berjam-jam juga berlatih dari tutorial ni and finally siap walaupun tak berapa nak sempurna. Takpe, next time boleh cuba lagi. Kira ok la untuk beginner macam saya ni. Practice make perfect kan.. 

Thank you to eny abdullah for the good sharing! Kalau korang nak try buat Header Blog cara eny boleh klik sini. Goodluck guys! :)