Sunday, February 28, 2016

Susu Badan Imunisasi Asli Bayi



Pernah dengar tak kandungan susu badan akan berubah mengikut keperluan bayi? Seorang ibu di Arkansas, Mallory Smothers mendapati sewaktu bayinya mengalami demam selsema, badannya menghasilkan susu badan yang mengandungi kolustrum. ‘Super milk’ yang mengandungi kolustrum adalah cairan susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu dalam waktu 24-36 jam setelah melahirkan yang tinggi karbohidrat, tinggi protein, tinggi dalam antibodi dan rendah lemak. Warnanya lebih pekat kekuningan berbanding biasa.  Sebab tu ibu baru bersalin perlu menyusukan susu pertama mereka kepada bayi untuk membina sistem imunisasi mereka.

Saturday, February 27, 2016

5 Tip Anak Mudah Dengar Kata



Cara mendidik anak zaman sekarang sangat berlainan daripada zaman kita-kita dulu. Dulu, kalau mak ayah cakap tak berani nak angkat muka. Patuh je apa yang disuruh. Itu kisah dulu, bak kata orang dah tak relevan digunapakai untuk anak zaman sekarang. Bukan kata cara tu salah, tapi zaman dah berubah, cara mendidik juga berubah. Zaman ini, anak-anak lebih bebas bergaul dan dunia mereka tiada sempadan. Everything at your fingertip! Kadang mereka lagi bijak dari kita sampai ternganga nak menjawab soalan mereka. Hehe… sapa pernah terkena?

Berikut 5 tip komunikasi dengan anak agar mereka ‘redha’ dan follow the rules.

Tuesday, February 23, 2016

Bulimia Pembunuh Secara Senyap.



Bulimia Nervosa bukan lah sesedap namanya. Malah pesakit ini cenderung untuk menyiksa diri sendiri dan boleh membawa maut dengan kaedah bunuh diri secara senyap. Biasanya pesakit Bulimia terdiri dari golongan wanita berusia antara 16 hingga 40 tahun. Golongan yang mudah diserang ialah remaja sebab dalam peringkat umur begini, mereka mudah terpengaruh dengan kawan-kawan kononnya nak nampak kurus. Kurus tu cantik & bla.. bla.. bla.. Selain tu model dan atlet juga berisiko sebab model wajib selalu tampak kurus manakala atlet mempunyai diet makanan yang ketat. Lagi memeranjatkan, Bullimia boleh diwarisi melalui genetik! Jadi, yang takde tu jangan nak mulakan tradisi ni ye adik-adik.

Monday, February 15, 2016

Buah Pinggang Bocor Atau Nephrotic Syndrome.

Ingat lagi tak entry saya tentang kegagalan fungsi buah pinggang atau End Stage Renal Failure (ESRF) sebelum ni? Penyakit kronik yang memerlukan rawatan dialisis seumur hidup. Baca entry tersebut di sini. Antara faktor yang sangat menyumbang kepada kegagalan fungsi buah pinggang adalah Buah Pinggang Bocor  atau Nephrotic Sydrome. Selain itu ia juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti Syphilis, penyakit Lupus SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti Sickle Cell Disease dan Kencing manis.

Buah pinggang bocor (Nephrotic Syndrome) berlaku apabila penapis halus di dalam buah pinggang yang bernama "Glomeruli" tidak lagi berfungsi menyebabkan Protein Albumin keluar melalui air kencing. Akibatnya badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah dan mengakibatkan pelbagai komplikasi lain. 

Saturday, February 13, 2016

Cara Redakan Bayi Menangis



Bayangkan kalau bayi menangis tak benti-benti. Memang pening kepala dibuatnya terutama kalau yang belum pernah ada pengalaman. Itu tak kena, ini tak kena. Ada juga kes bapa yang sanggup hempas anak sendiri sebab bingit dengar anak menangis! Kebanyakkannya berpunca akibat tertekan dengan tahap kehidupan mereka sampai lupa diri. Banyakkan beristighfar kalau-kalau perasaan marah tu memuncak supaya kita kembali berfikir secara waras! Dulu-dulu gitu lah mak ayah kita jaga kita, sampai turn kita senang-senang je nak hempas. Oh, dashyatnya.. :(

Cuba 5 langkah berikut untuk redakan tangisan bayi ;

Friday, February 12, 2016

Awasi Risiko Beranak Rapat!



Subhanallah! First thing yang terlintas dalam fikiran ialah betapa besarnya pengorbanan seorang ibu! Dah la menahan rasa tak selesa (morning sickness) dan perubahan hormon selama 9 bulan, mengidam yang bukan-bukan, bertarung nyawa semasa melahirkan, bersengkang mata menjaga bayi dan ditambah jerih payah membesarkan anak. Memang superb! Wajarlah seorang ibu tempatnya teramat mulia. Tak dapat bayangkan betapa hebatnya wanita bergelar ibu.

Friday, February 5, 2016

Ubat Cacing Untuk Kanak-kanak

Haritu masa ambil Qiqi balik dari sekolah, cikgu pesan balik nanti bagi dia makan ubat cacing. Kali ni nurse tak supply ubat cecair lagi. Nasib baik lah budak kecik ni pandai telan obat! Sampai rumah dengan tudung tak bukak lagi terus report kat nenek yang dia kena makan ubat cacing. Sorang-sorang dia nak cerita. Excited sungguh! Bila saya cakap dengan dia lepas makan ubat cacing ni nanti kita tengok hasil yang keluar akibat makan jajan banyak sangat. Hilang mood dia terus masam mencuka. Hahaha..Pucat la tu.. Teringat masa kecik-kecik dulu najis kuar sekali dengan cacing panjang. Menjerit-jerit panggil mak tolong settle.. Hehehe..


Muka seronok dapat ubat cacing

Ingat tak masa sekolah ada belajar tentang perumah dan parasit? Macam tu la cacing dan kanak-kanak. Kanak-kanak sebagai perumah dan cacing adalah parasit. Sifat parasit ni menumpang dalam usus kecil anak-anak kita dan menetaskan telurnya lepas mengawan! Ya, semua ni terjadi dalam perut anak kita! Gelinya aihhh.. (Meremang plak bulu roma masa taip ni...) Segala zat yang mereka makan, cacing-cacing tu akan 'curi' untuk proses membesar. Jahat kan?? Jadi, perhatikan kalau anak-anak kita ada gejala tak selera makan, kurus, tak bermaya, cepat ngantuk, letih, muka pucat (akibat anemia), perut kembung, dubur gatal terutama waktu malam, cirit-birit dan demam. Ini sebahagian simptom kecacingan. Orang tua-tua kata kalau budak-budak tidur menonggeng tu pun tanda-tanda ada cacing.

Budak-budak ni biasa lah, lepas main dengan tangan tak basuh terus ambil makanan. Ada yang dengan kaki ayam jalan merata, berkongsi mangkuk tandas di tempat awam, kerap makan di luar dan sebagainya. Kadang-kadang sebagai ibubapa kita terlepas pandang perkara ni. Tapi ni lah caranya cacing merebak!

Ubat cacing ni bukan untuk kanak-kanak je tau! Jangan tak tau, kita yang dewasa ni pun kena makan ubat cacing 6 bulan sekali. Selain daripada makan ubat cacing, boleh juga amalkan makanan anti-parasit seperti bawang putih. Masalahnya sanggup ke nak makan bawang putih? Hehe.. Takpe, Set Cacing Shaklee ni pun dah cukup untuk masalah kecacingan. Tak payah risau tentang rasa bawang putih! 




JOM CEGAH CACING!

Tuesday, February 2, 2016

Promo Item Shaklee Februari 2016

Sorry lambat update untuk promo item bulan Februari ni. Kat kampung line internet macam siput godang. Hari ni balik KL, cepat-cepat update poster ni untuk info pada yang belum tahu product of the month yang Shaklee offer bulan ni. Cepat-cepat order tau! Sementara promosi ni dapat beli dengan harga yang jauh lebih murah. 

1) Nutriferon - Beli 7 pada harga 6 ATAU Beli 2 dapat diskaun 5%
2) VitaLea for Kids - Beli 4 pada harga 3
3) Zinc Complex - Beli 4 pada harga 3
4) YES Wellness Pack

Promo ends till 29 February 2016.

Nak harga lebih murah, contact saya 017.3163095






PM / sms / whatsapp : 017-3163095 
FB : Masayu AR
Email : chedacheyu@gmail.com
ID : 949189 / 1029832


"Menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa."