Wednesday, March 16, 2016

Supermom Team Building 2016 di Sri Intan Resort, Port Dickson.

Pada 12 Mac hingga 13 Mac 2016, kami berpeluang untuk menyertai team building anjuran Supermom selama 2 hari 1 malam yang bertempat di Sri Intan Resort, Port Dickson. Resort ini mudah dicari kerana lokasinya yg strategik & berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang.

Macam-macam 'dugaan' jugalah masa on the way nak ke PD tu. Last minit Ray Ray tak sihat dan takde tempat nak boarding.. at last terpaksa bawa ke team building sekali sebab nak pantau keadaan dia dari semasa ke semasa. Halfway plak highway Plus sesak teruk sebab accident. Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, bertambah sesak la highway. Tapi, TIADA ALASAN UNTUK BERJAYA jadi kena redah juga.


Sunday, March 6, 2016

4 Langkah Elak Pilih Kasih Dalam Keluarga



Pernah tak rasa 'kurang disayangi' atau 'anak emas' dalam family? Ramai ibubapa memandang remeh isu ini tetapi antara sedar dengan tidak hal ini sangat mempengaruhi emosi jangka panjang pada anak-anak. Dalam tempoh pembesaran, segala tindak tanduk ibubapa memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pembetukan nilai sahsiah mereka. Dari situ mereka membentuk karakter mereka. Rasa rendah diri, berdendam dan iri hati akan timbul dari sikap pilih kasih ini.