Thursday, June 23, 2016

Cucur Udang Rangup

Anda peminat cucur udang? Saya peminat cucur udang. Jika lazimnya orang utara makan cucur udang dengan kuah kacang. Namun agak berbeza di bahagain selatan tanah air. Lahir dan membesar di Johor Bahru kebanyakkan cucur udang dihidangkan bersama kuah cili. Kalau orang berniaga paling mudah sos cili campur sos tomato dan air panas. Ibu saya kalau sediakan cucur udang, sosnya menggunakan cili hidup yang diksar, gula dan sedikit cuka. Itu cara ibu saya lah. 

Beberapa hari lepas saya ternampak resepi cucur udang rangup yang dikongsikan oleh Puan Mona Din. Seorang usahawan wanita yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Berasal dari utara saya antara pengikut Puan Mona Din di Facebook kerana tertarik dengan gaya penulisan beliau. Untuk pengetahuan semua, Puan Mona ada membuka kafe yang diberi nama Thirteen Street Cafe yang terletak di Shah Alam. Cucur udang rangup ini antara hidangan yang dihidangkan di cafe beliau. 

Saya kongsikan resepi dan cara-cara Puan Mona Din buat cucur udang rangup ni. Cuma sukatan yang sebenar memang tiada sebab everything pakai agak-agak. Look and feel kata mat saleh. hihi.. Saya juga tidak menyediakan kuah kacang sebaliknya hanya makan dengan sos je. Nampak sangat pemalas! Eeeeee... 


Cucur Udang Rangup 

Bahan-bahan 
1 cawan tepung gandum 
Serbuk kunyit
Garam 
Udang
1 biji telur
Kucai
Tauge
Air sejuk (ais) 

Cara-cara:
1.Campurkan udang, tepung gandum, serbuk kunyit dan garam. 


2. Masukkan air sejuk (ais) dan gaul sebati. (adunan cair) 

3.Masukkan tauge dan kucai.

4.Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul sehingga kembang. 


5.Goreng lebar tapi nipis dalam minyak panas sehingga garing. Siap!


Inilah hasil cucur udang rangup. Saya terlebih-lebih letak kucai dan tauge. Memandangkan kucai tu beli banyak. Saya penggemar kucai jadi sedap harum je cucur rangup saya ni. Untuk adunan 1 cawan tepung, saya dapat lebih kurang 10-15 biji cucur. Bukan nak banyak pun, makan berdua je kan dengan Che Yu. 

Selamat mencuba!!