Tuesday, August 30, 2016

Jeragat



Siapa yang suka kalau muka dihinggap jeragat kan? Sepalit jeragat kat muka je pun dah rasa tak seronok dan resah gelisah. Lebih-lebih lagi kalau tengok muka kat cermin. Urghh.. mula lah tangan gatal nak kutil jeragat tu. 

Jeragat terjadi disebabkan pembentukan minyak, sel-sel mati dan bakteria yang terperangkap di dasar kulit terutama di kawasan hidung, dagu, dahi dan pipi. Jeragat ni macam tahi lalat di bawah kulit. Sama dengan tahi lalat biasa cuma warnanya sedikit pudar.

Siapa yang suka kalau muka dihinggap jeragat kan? Sepalit jeragat kat muka je pun dah rasa tak seronok dan resah gelisah. Lebih-lebih lagi kalau tengok muka kat cermin. Urghh.. mula lah tangan gatal nak kutil jeragat tu. 

Jeragat terjadi disebabkan pembentukan minyak, sel-sel mati dan bakteria yang terperangkap di dasar kulit terutama di kawasan hidung, dagu, dahi dan pipi. Jeragat ni sama seperti tahi lalat di bawah kulit cuma warnanya sedikit pudar.

Ada pelbagai sebab yang boleh menjemput jeragat beraja di wajah kita. Bukan orang berusia je yang boleh dihinggap jeragat tau! :)

Faktor pembentukan jeragat :

1- Terdedah pada cahaya matahari terik tanpa sunblock.
2- Faktor keturunan.
3- Penggunaan kosmetik yang tak sesuai.
4- Penghasilan sebum yang berlebihan pada kulit.
5- Hormon tidak seimbang. Pengambilan pil perancang juga menyumbang kepada masalah ini.


Antara rawatan jeragat yang popular adalah dengan teknik laser yang dah tentunya memakan kos yang agak tinggi dan bukan cukup sekadar satu kali rawatan. Itu pun lama kelamaan jeragat akan datang semula. Kecuali lah duit tak jadi masalah bagi anda. Nak senang, cegah sebelum parah. Sentiasa gunakan krim pelindung matahari (sunblock), pastikan syapu rambut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk rambut jenis berminyak, jangan guna kosmetik yang berlebihan serta amalkan pemakanan yang sihat serta ambil supplement untuk seimbangkan hormon. Insha Allah jeragat tak datang menjenguk :)