Tuesday, September 27, 2016

Bahaya Chicken Pox Atau Cacar Air Pada Orang Dewasa



Cacar air atau nama umumnya Chicken Pox bukan je terdedah kepada kanak-kanak dan boleh berjangkit. Biasanya orang kata, mesti akan kena chicken pox ni sekali seumur hidup. Tetapi jika chicken pox ini menyerang pada orang dewasa sebenarnya implikasinya lebih bahaya daripada kanak-kanak.

Cacar air juga dikenali sebagai Varicella-Zoster Virus. Virus disebarkan melalui sentuhan secara langsung melalui kulit, batuk, bersin dan melalui sistem pernafasan. Tempoh penyakit ini dianggarkan antara 12 hingga 14 hari dan akan pulih dengan sendirinya. Mereka yang sedang dihinggapi chicken pox ni perlu 'dikuarantin' supaya virus tersebut tidak menular kepada orang lain. Tapi kalau dah tinggal serumah tu nasib badan la. Hehe..

Terdapat 3 punca virus cacar boleh menyerang orang dewasa

1- Pesakit tersebut belum pernah diserang chicken pox sewaktu kecil.

2- Pesakit pernah diserang chicken pox sewaktu kanak-kanak tapi mempunyai imunisasi yang lemah dan berjangkit daripada pembawa chicken pox yang lain.

3- Pesakit pernah diserang chicken pox pada usia kanak-kanak tetapi pada waktu itu antibodi mereka tidak membunuh virus tersebut 100% dan implikasinya lebih bahaya daripada chicken pox biasa. Keadaan ini dikenali sebagai zoster atau shingles


Simptom Chicken Pox atau Cacar Air

1- Demam, sakit tekak dan selsema

2- Muncul ruam dan bintik-bintik merah mengandungi cecair di seluruh badan termasuk tangan, kaki, belakang, dan mulut.

3- Sakit otot di kawasan yang terkena jangkitan.

4- Untuk jenis zoster, bintilan tersebut lebih besar dan banyak terdapat di kawasan dahi, punggung, dan dada.  

Komplikasi Chicken Pox Pada Orang Dewasa

1- Komplikasi infeksi cacar air 25% lebih besar pada dewasa berbanding kanak-kanak

2- Infeksi kulit  yang boleh mengancam nyawa

3- Pneumonia (terjadi pada 1 dari 400 orang dewasa dengan cacar air, dengan angka kematian 10-30%).

4- Komplikasi neurologi iaitu radang otak dengan gejala demam dan kejang. Angka kematiannya 10-15%. 

5- Jika terkena pada wanita hamil, boleh menyebabkan janin cacat jika usia kehamilan antara 8 hingga 20 minggu.  Jika keadaannya kronik boleh menyebabkan anak yang dilahirkan buta dan pelbagai komplikasi lain.

Pada waktu ini, pesakit dikehendaki minum air dengan banyak untuk mengelakkan terhidrat, jangan menggaru tempat tumbuhnya chicken pox dan jangan pecahkan gelembung cecair tersebut agar tidak menjadi lebih pedih. Biarkan ia kering sendiri dan hentikan aktiviti di luar sehingga chicken pox pulih sepenuhnya.



No comments:

Post a Comment