Monday, September 26, 2016

Punca Dan Masalah Batu Karang Dalam Hempedu.



Perasan tak kalau bersihkan atau cuci ayam, dekat dengan hati ayam tu ada satu organ agak kecil warna coklat kehijauan. Kadang-kadang dengan hati ayam tu sekali terjangkit warna coklat kehijauan tersebut. Tu lah dia hempedu. Rasa hempedu ni sangat pahit tapi bila google ada juga rupanya orang makan hempedu untuk khasiat-khasiat tertentu. Wallahualam. Bagi saya sendiri, tak lah kot nak makan hempedu ni. Hehe.. Ok, saya cuma nak bagi gambaran hempedu tu je. Bukan nak cerita pasal hempedu ayam pun. Tapi nak cerita berkenaan Batu Karang Dalam Hempedu. 

Hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu.


Biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi. Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal. Dalam keadaan ini, pundi hempedu mestilah dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang.

Simptom Batu Karang Dalam Hempedu

1- Rasa senak,  mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

2- Kesakitan secara tiba-tiba, konsisten atau sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan boleh menular ke belakang atau bahu kanan. Kesakitan mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. 

3- Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. 

4 - Wana kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap dan demam panas dan sejuk.

Faktor peyebab Batu Karang Dalam Hempedu

1- Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.

2- Obesiti.

3- Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu kurang mengecut sekaligus meningkatkan risiko menghidapi penyakit batu karang hempedu.

Simptom-simptom batu karang dalam hempedu hampir sama dengan gastrik dan apendiks. Jadi, jika anda mempunyai simptom-simptom seperti di atas, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Jangan dah melarat baru nak dirawat, ok. Takut bahaya lain pula yang muncul.

No comments:

Post a Comment