Resepi Sup Tulang Merah

Assalamualaikum.. Macam mana Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban anda semua? Apa pula erti korban pada kita semua ya? Apa pula yg dikorbankan? Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban adalah hari utk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah SWT. Kisah ini membuktikan betapa besarnya ketaatan hamba Allah kepada penciptanya dan betapa seorang hamba Nya sanggup, sabar dan redha dalam memenuhi perintah Allah. Sesuatu yang perlu kita renungkan sama-sama. 

Hari Raya Korban hari tu, dapat daging korban, ibu sempat masak sup tulang dengan daging goreng. Daging fresh kan, memang sedap. Manis lagi. Masak sekejap je dah empuk. Sabtu lepas pula bila tegok ada tulang yang berbaki, kami buat sup tulang merah.
Kalau sebut tulang merah mesti ingat Singapura. Sup Tulang Merah ni memang sinonim dengan Kota Singa. Rasanya seakan stew dan sup daging. Ianya pekat dan biasa dimakan bersama roti. Resepi yang saya kongsikan ini saya rujuk Kak Ita Masam Manis, tapi saya olah ikut suka saya. Hehehe... sebab gunakan apa yang ada kat rumah, malas nak ke kedai. 

Sup Tulang Merah 

Bahan-bahan

1 kilo tulang lembu
Air secukupnya untuk merebus tulang 
sedikit halia dan bawang putih

a. Rempah Tumis
2 batang kulit kayu manis 
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

b. Bahan kisar 
5 ulas bawang putih 
8 biji bawang merah 
2 inci halia 
1 batang serai 
5 sudu besar cili kering kisar

c. Bahan Rempah1 paket kecil rempah kurma
1 sudu besar serbuk lada hitam

d. Bahan Sos
1 tin kecil tomato puree ( kalau tin besar tu guna dalam 1/2 tin)
2 sudu besar kicap manis
1/2 botol sos tomato ( botol kecil)
2 biji telur dipukul 
1 sudu gula perang
garam
segenggam bawang goreng
sedikit pewarna merah

2 biji kentang dipotong dadu
4 Biji tomato dipotong wedges
1 batang lobak merah ~ potong panjang
2 biji telur dipukul 

Cara-cara 
1.Rebuskan tulang dengan air, serai dan halia sehingga daging pada tulang empuk. Keluarkan serai dan halia dan ketepikan stok tulang dan daging. 

2.Tumis bahan-bahan a dan b sehingga garing.

3.Masukkan bahan rempah c. 

4.Masukkan bahan sos d dan tulang yang telah direbus serta stok tulang.

5.Masukkan kentang, lobak merah dan tomato. 

6.Tunggu hingga mendidih dan pekat, kemudian masukkan telur yang telah dipukul. 




Ramai yang tanya sup tulang merah ni bukan sambal ke? Eh.. memang bukan sambal sebenarnya.. kan Che Da kata tadi dia gabungan stew dengan sup. Pekat ala-ala stew, walaupun tidak meggunakan tepung sebagai agen pemekat. Rasa mcm sup sebab base ingredient dia memang lebih kurang sama macam sup. Cuma tambahan telur buat kuah dia lagi pekat. Warna merah pula terpulang pada anda nak merah lagu mana. Che Da merah ala-ala merah hati. Lagipun sebenarnya Che Da terlebih bubuh kicap dek lubang tebuk kicap tu besar. 

Che Da sekeluarga memang tak berapa minat pada makanan manis. Lebih-lebih lagi ayah Che Da. Nanti dia bising kalau masak manis. Jadi terpulang la pada anda-anda nak manis ke nak masin ke. Adjust to your liking. Jadi, jangan lupa cuba resepi ni. Jumpa lagi. 

Comments

Popular Posts