Wednesday, October 12, 2016

Peppermint-Ginger Plus Melegakan Simptom Food Poisoning.

Saya pernah kena food poisoning lepas makan mihun sup telur kat foodcourt di salah sebuah hypermarket di JB dulu. Dua hari cirit-birit sampai bangun pun tak larat, nak jalan pun terpaksa merangkak. Simptom trauma dengan mihun sup telur tu sampai lah sekarang. Hidung ni bila detect je aroma mihun sup telur, automatik tekak rasa mual.

Sejak tu saya perasan perut mudah sensitif. Salah makan sikit je mesti kena 'mild' food poisoning. So, sekarang memang kena hati-hati kalo nak makan. Pernah sekali makan kfc pun terkena juga sebab ayam lebih mudah dijangkiti bakteria. So, cara penyediaan tu pun kena jaga. Tapi, manalah nak 100% safe kalo dah terpaksa makan kat luar kan... 

Dulu, each time pergi klinik doktor mesti bagi pil kaler hitam dgn air garam. But now, i don't need those medicine. Sekarang saya ambil 3 biji Peppermint-Ginger Plus each time perut mula meragam atau lepas makan benda bukan-bukan untuk prevent sakit perut and miraculously it works for me! Bukan nak kata tak pernah kena langsung but bila buang air dah lain macam je, cepat-cepat telan Peppermint-Ginger Plus and it stops within next 2 hours paling lama.

Tuesday, October 11, 2016

Hospital Kuala Lumpur Berwajah Baru.

Lama dah tak pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Agak terpegun dengan kepesatan pembangunan yang berlaku dalam HKL ni sejak 6 tahun lepas. Memang banyak dah berubah. Ingat lagi dulu bangunan-bangunan yang ada kat sini agak lama dan memang 'feel' macam orang sakit la bila ke sini. Hehe. Sekarang banyak bangunan baru dan tempat-tempat yang saya pergi dulu pun dah berpindah ke tempat lain. Terpinga-pinga juga lah nak cari tempat nak dituju.