Tuesday, October 11, 2016

Hospital Kuala Lumpur Berwajah Baru.

Lama dah tak pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Agak terpegun dengan kepesatan pembangunan yang berlaku dalam HKL ni sejak 6 tahun lepas. Memang banyak dah berubah. Ingat lagi dulu bangunan-bangunan yang ada kat sini agak lama dan memang 'feel' macam orang sakit la bila ke sini. Hehe. Sekarang banyak bangunan baru dan tempat-tempat yang saya pergi dulu pun dah berpindah ke tempat lain. Terpinga-pinga juga lah nak cari tempat nak dituju.

Waktu sampai ke unit rawatan luar, kelihatan ramai orang beratur untuk mendaftar. Saya sampai lebih kurang jam 9 pagi, jadi saya jangkakan akan menghabiskan separuh hari di sini. Pasrah je lah, sapa suruh datang lambat.. Haha. Jangkaan saya meleset sebab dari proses pendaftaran sampai lah ambil ubat hanya ambil masa kurang dari 45 minit! Ternyata bukan infrastruktur kat sini je dah berubah, sistem mereka turut berubah dan lebih efficient! Gambar tidak dibenarkan dirakam di kawasan ini, jadi tak dapat nak share kat sini. Siap urusan di bahagian pesakit luar, saya terus ke kompleks pakar & rawatan harian untuk dapatkan next appointment. Sekali tengok macam hospital swasta dah kompleks ni. 

Bangunan baru yang menempatkan klinik-klinik pakar dalam satu bangunan 8 tingkat.
Tempat untuk parking kereta di sini pun lebih mudah dengan adanya parking bertingkat. Kalau dulu, jenuh juga nak jalan kaki. Tempat parking motosikal juga dah banyak disediakan dan berdekatan dengan unit yang kita nak tuju. So, lepas ni bawa motorsikal lebih mudah dan cepat.

Keseluruhannya, Hospital Kuala Lumpur sekarang lebih awesome, mesra pesakit memudahkan rakyat terutama warga emas, golongan OKU dan wanita mengandung. Terima kasih Malaysia di atas kemudahan yang disediakan ini.

No comments:

Post a Comment